Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • KPWKM sokong SOP baharu percepat kes mahkamah kanak-kanak
  • SEMASA

KPWKM sokong SOP baharu percepat kes mahkamah kanak-kanak

Utusan Sarawak 3 hours ago
MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Seri Nancy Shukri menyampaikan hadiah kepada wakil sekolah yang memenangi acara Cerita Rakyat sempena Perasmian Program Kasih Keluarga dan pelancaran Kick Off Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 2025 di Santubong, dekat sini, hari ini. Foto Bernama

SANTUBONG: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Seri Nancy Shukri menyatakan sokongan terhadap prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi memastikan semua kes mahkamah melibatkan kanak-kanak diselesaikan dalam tempoh setahun.

Nancy berkata pelaksanaan SOP itu selari dengan tanggungjawab kementeriannya dalam menjaga kebajikan anak-anak.

“Memang itu satu daripada hasrat kita. Cuma kita tidak dapat mencampur aduk dengan bidang kuasa di bawah Bahagian Undang-Undang, jadi bila mereka yang pertama menyarankan, memang kita menyokong.

“Walaupun bidang kuasa terletak di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, prosedur ini amat membantu kementerian saya untuk memastikan semua langkah pentadbiran dan sokongan kepada kanak-kanak dijalankan dengan betul,” katanya pada Majlis Perasmian Program Kasih Keluarga dan Pelancaran Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 2025 di Santubong, dekat sini.

MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Seri Nancy Shukri bergambar bersama pelajar i-CATS selepas merasmikan Program Kasih Keluarga dan pelancaran Kick Off Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 2025 di Santubong, dekat sini, hari ini. Foto Bernama

Terdahulu, media melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said mengumumkan pelaksanaan SOP baharu untuk kes mahkamah melibatkan kanak-kanak yang antara lain bagi memperkukuh perlindungan golongan itu dan memastikan kes diuruskan lebih sistematik.

Nancy berkata kerjasama antara kementerian berkaitan adalah penting bagi memastikan setiap kes kanak-kanak dapat diselesaikan secara cekap dan mematuhi garis panduan undang-undang.

“Alhamdulillah, sebab kita dari kementerian yang menjaga hal anak-anak ini, kita bergantung juga kepada kementerian bertanggungjawab untuk menyediakan prosedur yang membantu kita,” tambah Nancy.

Azalina dilaporkan berkata garis panduan berkenaan akan dilancarkan pada 24 Oktober ini di Istana Kehakiman sebagai sebahagian usaha memperkukuh sistem keadilan kanak-kanak di negara ini.

Beliau berkata langkah itu juga antara lain bagi mengatasi kelewatan prosiding mahkamah yang menyebabkan kanak-kanak enggan tampil semula sebagai saksi apabila dewasa.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Doris Sophia terus diberi amanah terajui Wanita PRS
Next: LPPKN terima RM16.6 juta perkukuh program kesuburan dan keibubapaan – Nancy

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.