Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • KPWKM sasar Program Kasih Kanak-Kanak di 300 sekolah seluruh negara tahun ini
  • NASIONAL

KPWKM sasar Program Kasih Kanak-Kanak di 300 sekolah seluruh negara tahun ini

Utusan Sarawak 12 months ago
MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri (tengah), Presiden Majlis Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Malaysia (ECCE Council), Datin Prof Dr Mariani Md Nor (kiri) dan Chair Of The Arnec Board Of Director Dr. Sheldon Shaeffer (kanan) menyiram pokok sebagai simbolik perasmian Persidangan Serantau Asia-Pasifik mengenai Pembangunan Awal Kanak-kanak (ECD) 2024, hari ini. FotoBERNAMA

GEORGE TOWN: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyasarkan untuk melaksanakan Program Advokasi Perlindungan Kanak-kanak: KASIH Kanak-Kanak di 300 sekolah di seluruh negara tahun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ketika ini program yang mengerakkan semua anggota masyarakat bersama melindungi dan membina persekitaran selamat untuk kanak-kanak itu sudah 30 peratus dilaksanakan di sekolah terlibat.

“Program KASIH Kanak-Kanak dilancarkan tahun lepas dan kita telah laksanakan di lima negeri iaitu Kuala Lumpur, Sabah, Kelantan,Selangor dan Sarawak. Tahun ini kami teruskan lagi di Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur dengan seterusnya negeri-negeri lain sehingga penghujung tahun ini.

“Kami sasarkan 300 sekolah pada tahun ini kerana mahu memberi pendedahan kepada anak-anak mengenai hak mereka terutama kalau ada yang didera atau pengabaian, jadi mereka boleh terus hubungi 15999 (untuk buat aduan),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Persidangan Pembangunan Awal Kanak-Kanak Peringkat Asia Pasifik di sini, hari ini.

Nancy berkata program itu bertujuan mencegah penderaan serta pengabaian kanak-kanak dan KPWKM bergantung kepada sokongan agensi kerajaan yang lain serta guru dan komuniti setempat  dalam menjayakannya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, fokus KPWKM iaitu menjaga kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan kumpulan sasar khususnya kanak-kanak sentiasa diberi penekanan melalui pelbagai program advokasi serta khidmat sokongan.

Justeru, Program Advokasi KASIH Kanak-Kanak itu menjadi platform kepada masyarakat khususnya guru, Persatuan Ibu Bapa dan Gurub(PIBG) dan komuniti setempat untuk berperanan dalam membantu KPWKM mencegah berlakunya peningkatan kes penderaan serta pengabaian kanak-kanak.

“Setakat ini ramai juga terutama PIBG yang minta supaya kami mengadakan di sekolah mereka kerana impaknya sangat baik kepada kanak-kanak dan (kami) akan laksanakannya mengikut jadual yang kita tetapkan,” katanya.

Menerusi program itu KPWKM turut melawat kaunselor dan tempat kaunseling di sekolah terlibat  untuk mendengar sendiri daripada kanak-kanak apa yang mereka hadapi supaya tindakan segera dapat diambil. – Bernama

Continue Reading

Previous: UUM cipta sejarah, universiti pertama meterai MoU dengan Jabatan Peguam Negara
Next: Tarikh lihat anak bulan Zulhijjah pada 7 Jun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.