Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • KPWKM perluas Program KASIH, fokus pendidikan dan kesedaran hak kanak-kanak
  • TEMPATAN

KPWKM perluas Program KASIH, fokus pendidikan dan kesedaran hak kanak-kanak

Utusan Sarawak 10 hours ago
DATUK Seri Nancy Shukri merasmikan Program Advokasi Perlindungan Kanak-kanak: Kasih Kanak-kanak PAKK Sri Aman Tahun 2025 di SK Agama Sri Aman, hari ini. Foto Adi Safarman

SIMANGGANG: Perlindungan terhadap kanak-kanak merupakan tanggungjawab bersama seluruh masyarakat dan bukan hanya terletak di bahu kerajaan, tegas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata, kanak-kanak adalah amanah yang tidak ternilai, dan segala bentuk penderaan serta pengabaian terhadap mereka menuntut tindakan segera serta menyeluruh daripada semua pihak.

Menurut beliau, dari Januari hingga Jun 2025 sahaja, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah merekodkan 685 kes melibatkan kanak-kanak di Sarawak, dengan 40 kes direkodkan di Daerah Sri Aman.

“Angka ini bukan sekadar statistik, ia mewakili kisah dan trauma sebenar yang dialami oleh anak-anak kita,” katanya ketika merasmikan Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) Sri Aman 2025, di Dewan Al-Ghazali, Sekolah Kebangsaan Agama Sri Aman, di sini hari ini.

Menurut Nancy, program KASIH Kanak-Kanak yang diperkenalkan sejak 2024 merupakan antara inisiatif kementerian dalam memperkasa advokasi perlindungan dan pendidikan hak kanak-kanak di seluruh negara.

“Setakat ini, program tersebut telah dilaksanakan di 337 sekolah dan melibatkan seramai 128,148 peserta. Di Sarawak sahaja, sebanyak 25 sekolah telah terlibat, dengan penyertaan 5,589 pelajar.

“Tahun ini, program tersebut diperluaskan ke Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) termasuk di Daerah Sri Aman, sebagai usaha memperkukuh rangkaian perlindungan dan pendidikan kanak-kanak di peringkat akar umbi.

“Fokus kita jelas, memberi pendidikan dan kesedaran kepada ibu bapa, guru, komuniti, dan paling penting, kepada anak-anak sendiri mengenai hak mereka untuk hidup dalam keadaan selamat dan dilindungi,” tambah Nancy.

Beliau turut menggesa semua kanak-kanak agar tidak berdiam diri jika merasa tidak selamat, sebaliknya segera memaklumkan kepada individu yang dipercayai seperti ibu bapa, guru atau menghubungi Talian Kasih 15999.

Mesej beliau juga menyentuh masyarakat secara keseluruhan agar tidak sekadar menjadi pemerhati apabila menyaksikan insiden penderaan.

“Jangan rakam untuk media sosial. Laporkan. Mata dan telinga anda di peringkat komuniti sangat penting,” ujarnya.

Menurut beliau, pelbagai agensi termasuk JKM, LPPKN, Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Kementerian Kesihatan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terus berganding bahu menjayakan usaha memperkukuh perlindungan kanak-kanak secara menyeluruh.

Nancy mengakhiri ucapannya dengan menggesa seluruh rakyat agar terus menyebarkan kesedaran tentang perlindungan kanak-kanak.

“Lindungi anak-anak kita. Mereka bukan sahaja pewaris masa depan, tetapi juga cerminan siapa kita hari ini.” jelasnya.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Jangan lupakan pengorbanan parajurit negara -Timbalan Menteri Sarawak
Next: Eksklusif: Revolusi hijau bermula dari dapur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.