Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • KPWKM perkenal pelbagai inisiatif baharu perkukuh kebajikan rakyat
  • TEMPATAN

KPWKM perkenal pelbagai inisiatif baharu perkukuh kebajikan rakyat

Utusan Sarawak 7 days ago
JELASKAN….Dato Sri Nancy Shukri ketika sidang media selepas Program Sejahtera Madani dan Jelajah Jom Sihat Agenda Nasional Malaysia Sihat Bahagian Kuching, di Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak, hari ini.

KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memperkenalkan pelbagai inisiatif baharu tahun ini bagi memperkukuh kebajikan rakyat, termasuk memperluas kemudahan kepada golongan wanita, Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas di seluruh negara.

Menterinya, Dato Sri Nancy Shukri, berkata antara inisiatif yang sedang dilaksanakan ialah pembinaan Pusat Perkhidmatan Autisme dengan peruntukan sebanyak RM5 juta, sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan memperkukuh sokongan kepada komuniti autistik.

“Walaupun peruntukan ini belum mencukupi untuk menampung keperluan semua negeri, kita telah mulakan dengan projek rintis di Sarawak dan akan diperluas ke Sabah serta Labuan pada tahun depan,” katanya.

Selain itu, Nancy berkata kerajaan turut memperkenalkan kemudahan mobiliti OKU melalui penyediaan 100 van khas yang dilengkapi ruang bagi tiga kerusi roda dalam setiap kenderaan, bagi memudahkan pergerakan golongan tersebut.

UNTUK ALBUM…Dato Sri Nancy Shukri bersama tetamu kehormat yang lain bergambar bersama. 

“Selama ini OKU banyak bergantung pada kenderaan sendiri atau menumpang. Kali ini, dengan adanya van khas ini, mereka boleh bergerak dengan lebih selamat dan selesa,” jelasnya.

Beliau berkata, kementeriannya juga sedang melaksanakan Dasar Peluang Kedua untuk membantu golongan wanita yang pernah terkesan dengan masalah sosial, termasuk bekas banduan wanita, mangsa penipuan kewangan dan projek terbengkalai.

“Melalui dasar ini, kita beri peluang kedua kepada mereka untuk memulakan semula kehidupan, sama ada dengan bantuan modal, peralatan atau latihan keusahawanan.

“Contohnya, ada bekas banduan yang dibantu dengan peralatan urutan, peralatan memasak malah ada juga yang diberi ‘chainsaw’ untuk memulakan perniagaan kecil,” katanya.

Dalam masa sama, Nancy memaklumkan peruntukan kebajikan dan warga emas turut ditingkatkan kepada RM1.26 bilion tahun ini, meliputi bantuan bulanan, pembinaan pusat komuniti serta pusat aktiviti warga emas (PAWE) di seluruh negara.

“Kita bukan hanya beri bantuan tunai, tapi juga sediakan kemudahan komuniti supaya warga emas boleh aktif, berinteraksi dan kekal sejahtera,” ujarnya.

Beliau turut menekankan bahawa kementeriannya akan memberi tumpuan kepada latihan penjaga profesional (‘caregivers’) tahun depan sebagai sebahagian daripada pembangunan ekonomi penjagaan (care economy) negara.

“Tahun lepas kita berjaya melatih lebih 300 pegawai kebajikan dan tahun ini hampir 500 lagi. Tahun depan kita akan perluas latihan ini kepada orang awam untuk lahirkan lebih ramai penjaga profesional,” katanya.

Nancy berkata, semua inisiatif berkenaan adalah sebahagian daripada pendekatan berasaskan kesejahteraan rakyat di bawah kerangka Malaysia MADANI, yang menekankan intervensi langsung kepada kumpulan sasar.

“Apa yang kita lakukan ini adalah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat, wanita, keluarga, OKU dan warga emas, mendapat peluang dan sokongan sewajarnya untuk hidup bermaruah,” tegasnya.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Istiadat Hari Lahir ke-79 TYT Sarawak disambut penuh adat dan kemeriahan
Next: Penyanyi popular Stacy dikejarkan ke hospital, tidak dapat teruskan persembahan di Konsert Rakyat malam ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.