Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • KPWK, UNICEF kerjasama perkukuh pendidikan kanak-kanak peribumi
  • TEMPATAN

KPWK, UNICEF kerjasama perkukuh pendidikan kanak-kanak peribumi

Utusan Sarawak 2 years ago

MOMENTO… Dato Sri Fatimah Abdullah menyampaikan cenderamata kepada Ketua Dasar Sosial, UNICEF Malaysia, Dr Juanita Vasques Escallon sebagai tanda kenangan ketika kunjungan hormat UNICEF Malaysia di Bangunan Baitul Makmur di sini, hari ini.

KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak akan bekerjasama dengan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia untuk melihat ukuran kemiskinan kanak-kanak dan memperkukuh pembelajaran prasekolah peribumi di rantau ini.

Menteri KPWK, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kementeriannya gembira kerana dapat bekerjasama dengan UNICEF Malaysia untuk membantu kanak-kanak di negeri ini.

“Kita akan mengadakan mesyuarat teknikal selama dua hari untuk berbincang perkara ini. Ia akan diadakan bermula hari ini hingga 1 April.

“Mesyuarat tersebut juga akan membincangkan bagaimana kerjasama dua pihak akan dijalankan mulai tahun ini dan pelaksanaan untuk tahun depan,” katanya pada sidang media ketika kunjungan hormat daripada UNICEF Malaysia di Bangunan Baitul Makmur di sini, hari ini.

Melalui perkongsian itu, UNICEF Malaysia menyasarkan untuk menubuhkan program tambah tunai bersepadu dan membangunkan pengenalpastian pelbagai bidang kemiskinan kanak-kanak.

Selain menggabungkan pendidikan kewarganegaraan global (GCED) dan pembelajaran berasaskan projek (PBL) untuk mengukuhkan pra- kurikulum sekolah di Sarawak.

Sementara itu, KPWK dan UNICEF Malaysia akan memperkukuhkan kerjasama.

Antara isu yang akan ditangani bersama ialah kekurangan zat makanan, kehamilan remaja dan perubahan iklim dan kanak-kanak yang terdedah termasuk kanak-kanak kurang upaya, kanak-kanak orang asli, masyarakat luar bandar yang sukar dihubungi dan kanak-kanak tanpa kewarganegaraan.

Di samping pengurusan kewangan awam untuk menganggarkan kecukupan sumber yang diperlukan untuk menyediakan akses berkualiti dan universal kepada perkhidmatan sosial asas pendidikan dan penjagaan kesihatan, termasuk pelaksanaan inisiatif yang disebut dalam Belanjawan Negeri.

Dalam pada itu, Fatimah turut berkongsi usaha Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) untuk mencapai status Bandar Mesra Kanak-Kanak.

“Bulan lepas, kementerian dan Datuk Bandar MBKS dan DBKU melawat Singapura untuk mengkaji dasar dan amalan baik pengurusan Singapura untuk warga emas sebagai sebahagian daripada persediaan Sarawak untuk menjadi masyarakat tua menjelang 2030,” katanya.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: Teruskan tradisi tahunan sumbang 20 lagi kerusi roda
Next: Polis rampas jualan mercun, bunga api tanpa permit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.