Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • KPT tunggu kelulusan Kabinet bagi pengecualian moratorium program undang-undang di Sabah, Sarawak
  • NASIONAL

KPT tunggu kelulusan Kabinet bagi pengecualian moratorium program undang-undang di Sabah, Sarawak

Utusan Sarawak 12 hours ago
Datuk Mustapha Sakmud.

KUALA LUMPUR: Memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak telahpun dibentangkan pada 14 November lepas.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata buat masa kini Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang menunggu kelulusan bagi pengecualian moratorium penawaran program undang-undang baharu peringkat Ijazah Sarjana Muda di Sabah dan Sarawak yang diletakkan sebelum ini.

“Ketika ini sedang diusahakan dan sekiranya dapat diluluskan oleh Kabinet dengan moratorium ini maka Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) boleh mengadakan program undang-undang di kedua-dua negeri tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 bagi kementerian itu di Dewan Negara hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata KPT melalui Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang menjalankan usaha menjejaki dan mendigitalkan manuskrip Melayu sejak 2019, telah berjaya membawa pulang 3,638 manuskrip dari luar negara dalam bentuk digital.

Beliau berkata ia dilaksanakan melalui kerjasama dengan pelbagai perpustakaan dan arkib antarabangsa, antaranya Arab Saudi iaitu Makkah Al Mukarramah Library dan Masjidil Haram serta Eropah iaitu Durham University, Royal Asiatic Society, SOAS Library, The National Archives di Kew, dan Leiden University Libraries.

Selain itu, rakan kolaborasi yang terlibat bagi insiatif itu termasuk Thailand melibatkan koleksi peribadi di Muang Pattani, Yala, serta Muzium Al-Quran dan Pusat Manuskrip Melayu di Madrasah Al-Ahmadiah Al-Islamiah, Narathiwat, serta Indonesia melibatkan koleksi peribadi Syeikh Abdurrahman Husin Falogah di Pontianak, Yayasan Pendidikan Ali Hasjmy di Aceh dan Surau Intellectual for Conservation (SURI).

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh dalam penggulungannya berkata kementerian itu akan meneliti cadangan untuk meningkatkan elaun makan bagi atlet Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) sebagai galakan untuk terus bergiat aktif dalam sukan.

Beliau menjawab celahan Senator Azahar Hassan yang membangkitkan tentang bajet makan untuk atlet MSSM yang masih kekal RM16, disifatkan tidak bersesuaian pada ketika ini.

“Apabila kita bincang berkenaan kadar makanan dan penginapan murid, ini adalah tertakluk kepada Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 2 Tahun 2011, iaitu kadar kelayakan semasa murid adalah RM16 seorang bagi sekolah rendah di Semenanjung Malaysia, RM20 di Sabah dan Sarawak.

“Bagi sekolah peringkat menengah di Semenanjung Malaysia pula pelajar layak menerima RM20 dan RM25 seorang di Sabah dan Sarawak.

“Bagaimanapun Kementerian Pendidikan (KPM) akan teliti cadangan kadar kelayakan tersebut dan ia bergantung kepada situasi kewangan sedia ada,” katanya.

Pada masa sama KPM, beliau berkata telah meningkatkan peruntukan bagi penganjuran kejohanan MSSM tahun ini kepada RM8.1 juta berbanding peruntukan asal RM5 juta bagi menampung keseluruhan kos pengelolaan kejohanan melibatkan 24 jenis sukan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

“Pada masa sama, RM13.2 juta telah diperuntukkan oleh KPM untuk bantuan yuran MSSM bagi setiap murid sekolah rendah dan sekolah menengah. Yuran tersebut dibayar terus kepada semua Jabatan Pendidikan negeri berdasarkan enrolmen murid pada tahun semasa,” katanya.

-BERNAMA

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: 20 rakyat Malaysia mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar selamat dibawa pulang
Next: Wanita dihalang masuk IPD: Nancy gesa pendekatan belas kasihan dalam penguatkuasaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.