Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • KPT pantau, tentukan keberadaan pelajar Malaysia di Asia Barat
  • NASIONAL

KPT pantau, tentukan keberadaan pelajar Malaysia di Asia Barat

Utusan Sarawak 5 hours ago

KUALA NERUS: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang memantau dan menentukan keberadaan setiap pelajar Malaysia di negara-negara Asia Barat susulan konflik yang berterusan, termasuk di universiti yang mempunyai kaitan dengan Amerika Syarikat (AS).

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata langkah itu bagi memastikan keselamatan pelajar tidak terjejas serta memudahkan urusan membawa mereka pulang sekiranya keadaan memaksa.

“Melainkan di Arab Saudi yang mempunyai bilangan pelajar kita yang banyak, untuk institusi yang mempunyai kaitan dengan AS di Negara-Negara Teluk, saya difahamkan kita tidak ada banyak pelajar di sana.

“Walau bagaimanapun, sama ada banyak atau tidak, kami tetap mengambil langkah-langkah perlu untuk memastikan rakyat Malaysia sentiasa berada dalam keadaan selamat,” katanya selepas menyempurnakan Program Sembang Santai Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Mahasiswa di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini hari ini.

Menurut laporan Anadolu Ajansi, Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran semalam memberi amaran bahawa universiti yang mempunyai kaitan dengan AS dan Israel di rantau itu kini menjadi ‘sasaran sah’ sebagai tindak balas terhadap serangan ke atas kemudahan pendidikan Iran.

Laporan yang memetik kenyataan agensi berita separa rasmi Fars itu menyebut IRGC menuduh AS dan Israel berulang kali mengebom universiti di Iran, termasuk Universiti Sains dan Teknologi Iran di Tehran.- Bernama

Continue Reading

Previous: Kementerian Pengangkutan cadang pinda Akta 333 wajibkan pesalah di bawah pengaruh alkohol bayar ganti rugi
Next: Syarikat, jabatan kerajaan digesa guna dasar BDR tempatan untuk kekang pelanggaran data

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.