Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • KPT ambil langkah proaktif, bawa pulang pelajar jika demonstrasi Indonesia meruncing
  • NASIONAL

KPT ambil langkah proaktif, bawa pulang pelajar jika demonstrasi Indonesia meruncing

Utusan Sarawak 2 days ago
DATUK Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Foto Bernama

JOHOR BAHRU: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengambil langkah proaktif termasuk membawa pulang pelajar Malaysia sekiranya rusuhan di beberapa wilayah di Indonesia semakin meruncing.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pihaknya menerusi pejabat Education Malaysia (EM) di negara itu sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Luar bagi memantau keadaan semasa.

Beliau berkata ketika ini terdapat sebanyak 1,200 pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di negara jiran berkenaan. 

 “Sudah tentu kalau keadaan meruncing, maka menjadi kewajipan kita untuk mengambil langkah-langkah proaktif (termasuk membawa pulang).

“Malah, ketika ini pun sebenarnya kita membuat pemantauan dan bekerjasama dengan Kementerian Luar,” katanya pada sidang media selepas merasmikan “Program Digital Innovation Creativepreneur 3.0 (DICE 3.0)” di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha KPT Datuk Dr Anesee Ibrahim dan Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Prof Datuk Dr Fadzli Adam.

-Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: KKM terima 91 unit ambulans secara berperingkat – Lukanisman
Next: PM Anwar kongsi detik bertegur sapa dengan Kim Jong Un di China

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.