Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • KPN ucap takziah, keluarga anggota FRU kemalangan
  • SEMASA

KPN ucap takziah, keluarga anggota FRU kemalangan

Utusan Sarawak 12 hours ago
KETUA Polis Daerah Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin menenangkan waris dan kenalan mangsa yang mula berkumpul di pekarangan Unit Forensik Hospital Teluk Intan ekoran kejadian kemalangan yang membabitkan lori pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dengan lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam hari ini. Sembilan anggota FRU maut dalam kemalangan pagi tadi. FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang maut dalam kemalangan di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak.

Beliau yang mewakili seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menzahirkan rasa sedih dan simpati di atas insiden yang menimpa kesemua anggota yang terlibat.

“Jasa dan pengorbanan mereka amat dihargai, kemalangan berlaku selepas mereka selesai melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan. PDRM akan memastikan kebajikan keluarga anggota yang terkorban diberi perhatian sebaiknya,” katanya dalam kenyataan.

Ketua Polis Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin hari ini berkata angka kematian dalam kemalangan membabitkan lori pasukan FRU dengan lori muatan batu, meningkat kepada sembilan orang.

Kesemua yang maut adalah anggota FRU dari Unit 5 Ipoh dan mayat dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat. — Bernama

Continue Reading

Previous: Nahas FRU: PM Anwar mahu siasatan menyeluruh
Next: Sarawak bakal miliki pegangan lebih besar dalam LNG

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.