KPN, KPM akan bekerjasama perkasa sukatan mata pelajaran Sejarah  

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
TIMBALAN Menteri Perpaduan Senator K.Saraswathy ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sempena Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen, hari ini. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk memperkasakan sukatan mata pelajaran Sejarah meliputi Sabah dan Sarawak bagi menambah kefahaman dan pengetahuan rakyat tentang sejarah negara.

Timbalan Menteri berkenaan K. Saraswathy berkata, pemerkasaan itu akan menumpukan usaha penggubalan buku teks Sejarah yang perlu dibetulkan faktanya bagi mengelakkan berlaku salah faham tentang sejarah negara. 

Selain itu, ia akan fokus untuk menambah isi kandungan buku teks terbabit walaupun sudah melalui beberapa fasa penambahbaikan sebelum ini, kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Saraswathy menjawab soalan Senator Michael Mujah Lihan yang meminta perincian penubuhan Majlis Sejarawan Negara bagi menangani isu penyelewengan fakta sejarah dan autoriti serta bidang kuasa yang dicadangkan bagi menguatkan fungsi majlis itu. – Bernama