Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • KPM umum cuti tambahan Aidilfitri, warga sekolah mulai cuti 18 Mac
  • SEMASA

KPM umum cuti tambahan Aidilfitri, warga sekolah mulai cuti 18 Mac

Utusan Sarawak 5 hours ago

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan satu hari cuti tambahan pada 18 Mac kepada semua sekolah di seluruh negara bersempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pemberian cuti tambahan itu bertujuan memberi ruang kepada guru, murid dan ibu bapa membuat persiapan sewajarnya bagi menyambut Aidilfitri dalam suasana yang teratur.

“Langkah ini juga selaras dengan komitmen KPM untuk sentiasa memberi keutamaan kepada aspek kesejahteraan warga pendidikan,” menurut kenyataan itu.

Berdasarkan Kalendar Akademik Sesi 2026, sekolah dalam Kumpulan A melibatkan Kedah, Kelantan dan Terengganu telah diperuntukkan satu hari cuti tambahan pada 19 Mac.

Sekolah dalam Kumpulan B yang merangkumi Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya pula diberikan dua hari cuti tambahan, iaitu 19 dan 20 Mac.- Bernama

Continue Reading

Previous: Premier Sarawak, Pesuruhjaya Tinggi Kanada perkukuh kerjasama strategik dalam tenaga dan teknologi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.