Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • KPM tubuh jawatankuasa khas, pastikan kes tikam pelajar disiasat dengan telus, adil
  • NASIONAL

KPM tubuh jawatankuasa khas, pastikan kes tikam pelajar disiasat dengan telus, adil

Utusan Sarawak 10 hours ago

MENTERI Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kes berkenaan dalam siasatan pihak berkuasa dan Kementerian Pendidikan (KPM) akan bekerjasama penuh dalam proses siasatan yang sedang berjalan.


PUTRAJAYA: Satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi memastikan semua aspek berkaitan kes kematian seorang pelajar perempuan tingkatan empat yang disyaki ditikam dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya hari ini, dapat disiasat secara tuntas, telus dan adil.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kes berkenaan dalam siasatan pihak berkuasa dan Kementerian Pendidikan (KPM) akan bekerjasama penuh dalam proses siasatan yang sedang berjalan.

“Suspek telah ditahan polis. KPM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga murid yang meninggal dunia kerana ditikam di sebuah sekolah di Selangor pada hari ini.

“Semoga keluarga diberi kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata pasukan kaunselor serta guru bimbingan dan kaunseling telah digerakkan untuk melaksanakan intervensi sokongan psikososial kepada murid, guru dan seluruh warga sekolah terbabit.

Terdahulu, Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Ismail berkata seorang pelajar perempuan tingkatan empat maut disyaki ditikam seorang pelajar lelaki dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya pagi tadi. 

Khalid berkata dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian yang berlaku di dalam kawasan sekolah manakala suspek berumur 14 tahun yang merupakan pelajar sekolah sama telah ditahan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shamsudin Mamat berkata polis menemukan dua senjata tajam yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian tikam itu.- Bernama

Continue Reading

Previous: Lebih 130,000 kandungan berunsur penipuan diturunkan setakat 30 September – Fahmi
Next: Peruntukan STR, SARA meningkat bukti komitmen kerajaan perkukuh jaringan sosial – MOF

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.