Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • KPM perlu beri dana lebih besar untuk aktiviti ko-kurikulum di Sarawak, Sabah – Ahmad Johnie
  • SEMASA

KPM perlu beri dana lebih besar untuk aktiviti ko-kurikulum di Sarawak, Sabah – Ahmad Johnie

Utusan Sarawak 3 months ago

Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi

KUALA LUMPUR: Kekurangan dana kerap menjadi halangan dan cabaran dalam melaksanankan aktiviti ko-kurikulum secara efektif di Sarawak dan Sabah.

Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi berkata, beliau membangkitkan isu kekurangan peruntukan untuk aktiviti ko-kurikulum itu kerana kesannya ketara dan negatif kepada pelajar dan sekolah.

“Sungguhpun Kementerian Pendidikan (KPM) ada menyediakan Bantuan Ko-Kurikulum Sekolah (BKK) dan Bantuan Sukan Sekolah (BSS), jumlahnya amat terhad.

“Ia tidak mencukupi untuk menampung kos pelaksanaan pelbagai program ko-kurikulum dan sukan di sekolah, lebih-lebih lagi bagi Wilayah Sarawak dan Sabah yang demografinya amat luas dan mencabar,” katanya.

Beliau berkata demikian membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Ahmad Johnie berkata sudah tiba masanya bagi Kementerian Pendidikan melakukan reformasi ko-kurikulum untuk memastikan program ko-kurikulum di sekolah-sekolah dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan.

Katanya, reformasi yang hendak dilaksanakan itu membabitkan pertambahan peruntukan yang sedia ada.

“Isu ini sering menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan guru yang terlibat kerana aktiviti ko-kurikulum adalah elemen yang penting dalam konteks pembangunan pendidikan dan sokongan terhadap pelajar secara holistik, sebagaimana tersirat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan,” katanya 

Ahmad Johnie berkata, ko-kurikulum memainkan peranan penting dalam membentuk kemahiran insaniah, kepimpinan dan sahsiah dalam melahirkan para pelajar yang mempunyai nilai-nilai karomah insaniah.

Continue Reading

Previous: Operasi helikopter Hornbill Skyways  hantar bantuan pada hari kedua
Next: Terkini: 33 PPS masih beroperasi, mangsa menurun kepada 6,160 orang 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.