Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • KPM, PDRM kerjasama perkukuh pemantauan keselamatan di semua sekolah
  • NASIONAL

KPM, PDRM kerjasama perkukuh pemantauan keselamatan di semua sekolah

Utusan Sarawak 6 hours ago
KETUA Pengarah Pendidikan Dr Mohd Azam Ahmad. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memperkukuh pemantauan keselamatan di semua sekolah di seluruh negara. 

Ketua Pengarah Pendidikan Dr Mohd Azam Ahmad berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memaklumkan langkah-langkah keselamatan tambahan yang akan dilaksanakan bagi memastikan kawasan sekolah benar-benar selamat untuk pelajar, termasuk usaha mempertingkatkan kawalan di sekolah.

“KPM memandang serius insiden jenayah yang berlaku antara pelajar di dalam kawasan sekolah, termasuk kes yang melibatkan kematian dan rogol baru-baru ini.

“Kami tidak menganggap kes-kes ini sebagai kes terpencil. KPM melihat insiden-insiden ini sebagai satu tamparan tegas kepada kami untuk melakukan lebih banyak usaha bagi memperkukuh keselamatan pelajar dan kesejahteraan mental mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas berkaitan kes kematian seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Selangor di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi tadi, seorang pelajar perempuan tingkatan empat maut disyaki ditikam seorang pelajar lelaki dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya, Selangor. 

Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Ismail berkata mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian yang berlaku di dalam kawasan sekolah manakala suspek berumur 14 tahun yang merupakan pelajar sekolah sama telah berjaya ditahan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shamsudin Mamat berkata polis menemukan dua senjata tajam yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian tikam itu.

Ditanya adakah sekolah terbabit akan ditutup sementara, beliau berkata proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) akan berjalan seperti biasa manakala Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) akan diselaraskan pihak sekolah. 

“Proses PdP di sekolah berkenaan berjalan seperti biasa dan siasatan yang dijalankan tidak mengganggu proses pengajaran serta pembelajaran murid. Sekolah juga akan menyesuaikan semula jadual ujian UASA mengikut situasi semasa,” katanya.

Mengenai sama ada suspek mempunyai masalah tertentu dan bagaimana senjata dibawa masuk ke sekolah, beliau berkata KPM menyerahkan kepada PDRM untuk menjalankan siasatan lanjut mengenai perkara itu. 

“Saya minta sekiranya ada pihak yang mempunyai maklumat, sila kemukakan maklumat itu kepada PDRM,” katanya.

-BERNAMA

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: PDRM pandang serius tindakan pentadbir, guru tidak lapor isu keselamatan di sekolah
Next: Kes pelajar ditikam: Pentadbir sekolah akan dipindah ke PPD – KP Pendidikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.