Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • KPM pastikan pembinaan sekolah baharu tidak terjejas akibat krisis tenaga global
  • PENDIDIKAN

KPM pastikan pembinaan sekolah baharu tidak terjejas akibat krisis tenaga global

Utusan Sarawak 7 hours ago
TIMBALAN Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) Kementerian Pendidikan, Datuk Wan Hashim Wan Rahim ditemui media selepas Majlis Penyerahan Projek Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Jembal, hari ini. Foto BERNAMA

KUALA NERUS: Kementerian Pendidikan (KPM) akan memastikan semua projek pembinaan sekolah baharu di seluruh negara tidak terjejas meskipun menghadapi cabaran termasuk kenaikan kos bahan binaan berikutan krisis tenaga global. 

Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) KPM Datuk Wan Hashim Wan Rahim berkata sebanyak 38 projek sekolah baharu telah diluluskan tahun ini di bawah Rolling Plan pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di seluruh negara.

“Kita tahu cabaran yang ada sekarang ini, dengan isu-isu global menyebabkan keadaan ekonomi negara agak tertekan tetapi dengan perancangan yang baik, insya-Allah kita akan dapat pastikan keseluruhan projek ini dapat dimulakan secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Siap Sekolah Baharu 30 Bilik Darjah dan Lain-Lain Kemudahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Jembal, di sini hari ini. 

Wan Hashim berkata kerajaan akan mengambil langkah proaktif bagi memastikan krisis ekonomi global tidak menjejaskan kelangsungan kerja-kerja pembinaan serta penyelenggaraan sekolah.

Mengulas mengenai SMK Tok Jembal, Wan Hashim berkata sekolah yang dibina dengan kos kira-kira RM40 juta dalam tempoh 36 bulan itu dijadual mula beroperasi Julai depan.

Katanya sebagai permulaan, sebanyak 481 pelajar dari empat sekolah berhampiran di sekitar Kuala Nerus akan dipindahkan ke sekolah berkenaan bagi mengurangkan kepadatan di sekolah asal mereka.

“Insya-Allah kita akan dapat mengurangkan bebanan di empat buah sekolah tersebut sekali gus pelajar akan dapat menikmati proses pembelajaran yang lebih kondusif dan selesa.

“Pembinaan sekolah ini dilengkapi dengan 30 bilik darjah yang boleh memuatkan lebih kurang 1,000 pelajar, berserta kemudahan lain seperti dewan serba guna, tandas dan surau. Ia mengikut piawaian yang ditetapkan,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: 300 Pembantu Warden ditempatkan di sekolah berasrama untuk pertingkat keselamatan
Next: Semua calon cemerlang 10A SPM 2025 ditawar Program Matrikulasi – KPM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.