Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • KPM nafi dakwaan kebocoran kertas peperiksaan Sejarah SPM 2024
  • SEMASA

KPM nafi dakwaan kebocoran kertas peperiksaan Sejarah SPM 2024

Utusan Sarawak 4 months ago

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) mendapati dakwaan kebocoran kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 bagi subjek Sejarah adalah tidak berasas.

Dalam kenyataan hari ini, KPM memaklumkan bahawa siasatan terperinci telah selesai dijalankan, termasuk semua sebaran dan tangkap layar berkaitan yang tular di media sosial.

“Tangkap layar yang tular hanya mengandungi senarai tajuk dalam buku teks Sejarah yang dijadikan ramalan.

“Tiada sebarang soalan dalam kertas peperiksaan Sejarah Kertas 1 dan 2 SPM 2024 dipaparkan dalam mana-mana sebaran dan tangkap layar yang ditularkan.

“Justeru, dakwaan ini tidak menepati definisi kebocoran yang ditetapkan mengikut prosedur pengurusan dan pengendalian kes kebocoran kertas peperiksaan serta kawalan keselamatan Lembaga Peperiksaan, KPM,” menurut kenyataan itu.

KPM menegaskan bahawa pihaknya mengambil serius dakwaaan kebocoran kertas peperiksaan Sejarah itu dan sentiasa komited memastikan kerahsiaan kertas peperiksaan awam terpelihara, serta menjaga kepentingan dan keadilan semua calon peperiksaan SPM Tahun 2024.

KPM menasihati semua calon peperiksaan untuk kekal tenang dan fokus dalam menghadapi peperiksaan. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: 1,035 syarikat swasta di Sarawak berdaftar sebagai rakan strategik KGC
Next: Usaha jadikan Sarawak hab tenaga baharu akan dibincang dengan PM Jepun esok – PM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.