Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • KPM laksana program bersama saintis tarik minat pelajar dalam STEM
  • NASIONAL

KPM laksana program bersama saintis tarik minat pelajar dalam STEM

Utusan Sarawak 10 months ago

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan segera program bersama saintis di 100 sekolah seluruh negara, bagi meningkatkan minat murid dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Menterinya Fadhlina Sidek berkata program berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Beliau berkata KPM bersama-sama Kementerian Pendidikan Tinggi dan MOSTI telah mengorak langkah menubuhkan Jawatankuasa Khas STEM, yang memberi fokus khusus kepada hala tuju STEM bermula dari peringkat sekolah sehingga ke pendidikan tinggi.

“Pelbagai inisiatif pembudayaan, aktiviti serta program pembangunan STEM sedang giat berjalan di sekolah, dengan pelaksanaannya merentas kementerian dan agensi selain melibatkan kerjasama rakan strategik korporat dan komuniti,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Fadhlina berkata sinergi antara kementerian dan semua pihak berkepentingan dipergiatkan, bagi meningkatkan minat dan penyertaan murid dalam STEM seperti yang dihasratkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri ketika berucap merasmikan Jelajah Bioekonomi Kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini semalam, mengarahkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang menyenaraikan 100 saintis bioteknologi untuk mengadakan program bagi menarik minat murid dalam bidang STEM di 100 sekolah.

Menerusi penganjuran program itu, Perdana Menteri mahu pihak berkaitan merangka ikhtiar baharu khususnya terkait bagaimana hendak menggarap dan memperkasa dalam bidang berkenaan, yang belum berkembang dalam kalangan pemikiran rakyat. – Bernama

Continue Reading

Previous: Penggubalan undang-undang tangani buli siber tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Next: Malaysia sedia tingkat kerjasama dengan Filipina dalam bidang pertanian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.