Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • KPM Kapit bakal jadi pemangkin pendidikan luar bandar
  • PENDIDIKAN

KPM Kapit bakal jadi pemangkin pendidikan luar bandar

Utusan Sarawak 22 hours ago
DATO Sri Alexander Nanta Linggi. Foto BERNAMA

KAPIT:  Pembinaan Kampus Baharu Kolej Profesional MARA (KPM) Kapit di Sarawak disifatkan sebagai satu lonjakan penting dalam merapatkan jurang pembangunan pendidikan antara bandar dan luar bandar, kata Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata demikian pada majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi projek pembinaan kampus baharu KPM Kapit yang berlangsung di Dewan Suarah Kapit di sini hari ini.

“Penyerahan SST ini bukan sekadar simbolik semata-mata, sebaliknya mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan Kapit tidak tersisih dalam arus pembangunan negara melalui penyediaan pendidikan berkualiti dan setaraf di Malaysia,” katanya.

Nanta yang juga Ahli Parlimen Kapit berkata projek berkenaan yang bernilai RM79 juta dilihat mampu memberi manfaat besar kepada pelajar lepasan SPM di kawasan luar bandar sekali gus menyumbang kepada pembangunan modal insan yang berkemahiran tinggi dan berdaya saing.

Wangi Marine Services Sdn. Bhd. dilantik sebagai kontraktor utama bagi projek berkenaan dan tiada kompromi akan diberikan terhadap aspek kualiti, keselamatan, dan jadual penyiapan projek.

“Saya telah mengarahkan supaya tiada kelulusan diberi bagi permohonan lanjutan masa. Sebaliknya, saya mahu projek ini disiapkan lebih awal daripada jadual,” katanya sambil menyifatkan projek ini sebagai satu cabaran yang perlu disahut dengan penuh tanggungjawab oleh semua pihak terlibat.

Projek pembinaan kampus baharu itu dijangka menampung hingga 300 pelajar dalam bidang seperti Diploma Pengajian Perniagaan, Diploma Pengurusan Perladangan, dan Diploma Teknologi Maklumat.

“Saya difahamkan oleh pihak MARA kalau ada keperluan ataupun permintaan untuk diploma dalam bidang lain boleh dipertimbangkan.

“Keistimewaan kolej ini kelak, pelajar tidak perlu membayar yuran selain daripada hari pendaftaran. Jadi ibu bapa tidak perlu memohon dan berhutang dengan PTPTN. Lebih istimewa, saya juga difahamkan penuntut akan diberi elaun bulanan RM300 seorang. Jadi ini sangat membantu lebih-lebih lagi untuk komuniti di luar bandar di Kapit ini,” katanya.

Beliau berkata pembinaan KPM Kapit juga seiring dengan agenda Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang menyasarkan penyediaan 1.6 juta peluang pekerjaan menjelang 2030 sekali gus memperkukuh sasaran Sarawak sebagai negeri berpendapatan tinggi.

“Ini sejajar dengan aspirasi Kerajaan MADANI yang mementingkan nilai inklusif, kemampanan, dan kesejahteraan rakyat,” tambah beliau.

Beliau turut mengingatkan pihak kontraktor supaya melaksanakan tugas dengan penuh integriti dan amanah, tanpa sebarang kompromi terhadap spesifikasi dan piawaian keselamatan termasuk matlamat “kosong kemalangan” di tapak pembinaan.

Pembinaan kolej yang terletak di Jalan Song-Kapit itu dijadual siap pada 5 Disember 2029.

Majlis turut dihadiri wakil-wakil dari Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Majlis Amanah Rakyat (MARA), serta Jabatan Kerja Raya (JKR) selaku agensi pelaksana projek. – Bernama

Continue Reading

Previous: Beberapa jurusan IPT perlu disemak semula selaras perkembangan teknologi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.