Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • KPM disaran tinjau semula peruntukan sekolah di Sarawak
  • PENDIDIKAN

KPM disaran tinjau semula peruntukan sekolah di Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berucap semasa merasmikan majlis Apresiasi dan Anugerah Biro Pendidikan di Hotel Kingwood di sini, semalam. Foto UKAS

MUKAH: Kementerian Pendidikan (KPM) disaran menilai semula jumlah peruntukan tahunan kepada sekolah-sekolah di Sarawak, khususnya bagi menampung kos penyertaan pelajar ke pertandingan luar daerah dan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata faktor geografi Sarawak yang luas dan mencabar menyebabkan kos perjalanan pelajar menjadi tinggi.

“Kita sedar jarak antara daerah di Sarawak sangat jauh dan memerlukan masa serta perbelanjaan yang besar. Justeru, KPM perlu memberi perhatian serius terhadap perkara ini demi memastikan pembangunan kokurikulum pelajar di Sarawak tidak terpinggir,” katanya semasa merasmikan majlis Apresiasi dan Anugerah Biro Pendidikan di Hotel Kingwood di sini, semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Pendidikan Mukah berkata, ramai guru masih terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk menghantar pelajar mewakili sekolah dalam pertandingan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

“Walaupun pendidikan terletak di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, kerajaan Sarawak tetap komited memajukan sektor pendidikan melalui pelbagai inisiatif termasuk pendidikan percuma menjelang 2026, bantuan wang saku dan Inisiatif Graduan Pulang Sarawak(i-GPS),” ujar beliau.

Dalam ucapannya, Royston turut mengingatkan pelajar agar menghargai pengorbanan guru dan sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan dalam akademik atau kemahiran, sejajar dengan keperluan pasaran kerja masa kini.

Sebagai tanda penghargaan kepada pelajar dan guru cemerlang, beliau turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM33,450 sebagai insentif kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024.

Peruntukan itu melibatkan seramai 175 penerima dari empat sekolah di daerah Mukah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Three Rivers, SMK Mukah, SMK Saint Patrick dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Mukah. -UKAS

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Lebih 400 anugerah kreativiti, inovasi antarabangsa dirai di BICC 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.