Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • KPM digesa tangani isu berkaitan pendidikan di Lawas
  • WILAYAH

KPM digesa tangani isu berkaitan pendidikan di Lawas

Utusan Sarawak 11 months ago
PELAJAR CEMERLANG… Henry Sum Agong menyampaikan hadiah kecemerlangan dan wang tunai berjumlah RM4,900 sumbangan berbagai pihak kepada Fatnin Sofiya Mohd Zain, pelajar SMK Merapok yang mendapat keputusan A penuh SPM 2023. Turut mengiringi Fatnin Sofiya ialah ibu dan bapanya.
 

LAWAS: Kementerian Pendidikan (KPM) perlu memberi perhatian segera isu kekurangan guru dan pentadbiran sekolah khususnya di dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Lawas yang masih tidak mempunyai pengetua.

Isu kekosongan jawatan dalam pentadbiran di Pejabat Pendidikan Daerah malah juga belum ada pengganti selepas Pegawai Pendidikan Daerah yang terdahulunya bersara, awal Jun tadi.

Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong, justeru berharap perkara ini mendapat perhatian segera pihak KPM di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Sarawak.

Sesetengah tempat, katanya, belum ada bangunan, pejabat dan ruang pejabat yang mencukupi, khususnya guru, jelasnya, juga tidak mencukupi merujuk kepada dua SMK di Lawas ini yang tidak berpengetua.

Pada masa sama, Henry Sum turut memaklumkan belum ada pengganti buat dua Pegawai Pendidikan Daerah yang telah bersara dari SMK di Trusan dan SMK di Sundar.  

“Jadi saya menyarankan supaya pihak bertanggungjawab dapat melakukan sesuatu dengan kadar segera untuk menyelesaikan masalah kekurangan guru khususnya di Lawas,” katanya.

Henry Sum berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri menghadiri Majlis Graduasi SPM 2023 Sekolah Menengah Kebangsaan Merapok di Hotel Seri Malaysia Lawas, baru-baru ini.

Menyentuh isu lain, Henry Sum juga meminta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang dahulu dikenali Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk mempercepatkan pembinaan Maktab Rendah Sains MARA di Daerah Lawas yang telah mendapat kelulusan sejak empat tahun lalu.

“Projek MRSM  di Lawas ini sudahpun diluluskan waktu saya di kementerian dahulu, tiga tahun masuk empat tahun ini dan sehingga sekarang belum terlaksana.

“Sehubungan itu, saya sangat berharap supaya projek ini yang merupakan sebuah projek mega di Lawas akan dijalankan secepat yang boleh,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai projek itu, Henry Sum berkata, pembinaan MRSM di Lawas penting atas faktor logistik yang memberi kemudahan kepada anak-anak tempatan Lawas dan Limbang selain daerah jiran di Sabah seperti Sipitang, Beaufort mahupun di Tenom dan Keningau.

Selama ini, ujarnya, pelajar yang mengikuti sesi pembelajaran di MRSM tidak mempunyai pilihan selain ke Bintulu dan Kuching untuk mengikuti pembelajaran sekolah terbabit.

Ini, jelasnya, sangat membebankan keluarga daripada golongan pertengahan dan tidak berkemampuan.

Hadir sama, Pengetua SMK Merapon Zulkipli Tengah, Yang Dipertua PIBG SMK Merapok Kadir Bayan dan wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah Lawas.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Ahli Parlimen Sarikei serah bantuan pendidikan kepada 1,484 pelajar
Next: Wishesland Cawangan Sibu dalam usaha cari lokasi penempatan bersesuaian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.