Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • KPM digesa siasat tragedi berkayak, keluarga mangsa tuntut penjelasan
  • Tengah
  • WILAYAH

KPM digesa siasat tragedi berkayak, keluarga mangsa tuntut penjelasan

Utusan Sarawak 7 hours ago
PANTAI Merdeka.

SIBU: Kementerian Pendidikan (KPM) digesa menjalankan siasatan segera dan telus susulan tragedi berkayak di Pantai Merdeka, Sungai Petani, Kedah, Sabtu lalu yang meragut nyawa dua pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis dari Sarawak.

Peguam Elaine Sii yang juga sepupu kepada Joyce Ling Lin Siang, salah seorang mangsa, menuntut penjelasan menyeluruh berhubung langkah keselamatan sebelum dan selepas tragedi tersebut.

“Mengapa tiada pasukan penyelamat berada di lokasi? Mengapa pihak berkaitan hanya dimaklumkan berjam-jam selepas mayat ditemui?” soalnya ketika ditemui di Rumah Mayat Bukit Lima, di sini hari ini.

Beliau turut mempersoalkan tindakan meneruskan aktiviti itu walaupun didakwa tidak mendapat kelulusan daripada Jabatan Laut.

“Jabatan Laut mengesahkan tiada permohonan diterima. Jika begitu, mengapa aktiviti ini tetap dijalankan?,” soalnya lagi.

Menurutnya, aktiviti berkayak merupakan sukan berisiko tinggi dan tidak sepatutnya disertai pelajar tanpa pengalaman serta pengawasan profesional yang mencukupi.

“Ini pelajar yang tidak terlatih. Tiada panduan, tiada langkah keselamatan mencukupi, tetapi tetap dibenarkan,” katanya.

Pemergian Joyce, anak ketiga kepada Ling Yii Yong dan Kee Ling Ling, disifatkan sebagai kehilangan besar buat keluarga.

“Joyce seorang yang ceria, mesra dan sentiasa membantu keluarga serta rakan. Kehilangannya amat memilukan,” ujarnya.

Sementara itu, Penghulu Ting Tien Huat yang mewakili Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang, berkata pihaknya membantu keluarga dalam urusan pengebumian.

Menurutnya, permohonan turut akan dibuat bagi mendapatkan khidmat pengiring Polis Trafik untuk perarakan pengebumian.

Upacara pengebumian dijadualkan bermula 7.00 pagi esok di Rumah Mayat Bukit Lima, sebelum jenazah dibawa ke Taman Memorial Grace Methodist, Kemuyang, untuk dikebumikan.

Tragedi itu mencetuskan persoalan serius mengenai prosedur keselamatan bagi aktiviti luar kendalian KPM, dengan keluarga mangsa menuntut siasatan menyeluruh agar kejadian sama tidak berulang.

Pantai Merdeka terletak di Daerah Kuala Muda, 60 km ke selatan Alor Setar. Pantai merdeka terletak di selatan muara Sungai Merbok. Dari pantai ini, pengunjung boleh melihat pemandangan indah Gunung Jerai dengan jelas, pengunjung juga boleh melihat Tanjung Dawai yang terletak di Utara Muara Sg. Merbok.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Inisiatif ‘Beli-belah Bersama YB’ bantu keluarga berpendapatan rendah di Kuching
Next: Gotong-royong di Tebingan Sungai Limbang pupuk kesedaran kebersihan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.