Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • KPM buat persiapan maksimum kemasukan kanak-kanak enam tahun ke sekolah
  • PENDIDIKAN

KPM buat persiapan maksimum kemasukan kanak-kanak enam tahun ke sekolah

Utusan Sarawak 6 hours ago
MENTERI Pendidikan Fadhlina Sidek menyampaikan ucapan pada Program Semarak Sejahtera Warga Emas di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Nibong Tebal hari ini. Foto Bernama

NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) membuat persiapan maksimum bagi menghadapi kemasukan kanak-kanak enam tahun ke tahun satu bermula tahun hadapan susulan jangkaan sambutan menggalakkan daripada ibu bapa.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata pendaftaran murid secara dalam talian dibuka pada 15 Februari dan berdasarkan maklum balas awal, KPM menjangkakan peningkatan ketara jumlah kemasukan murid, khususnya di kawasan bandar.

“Seperti saya sebutkan di Parlimen sebelum ini, persiapan kita pada tahap maksimum walaupun bilangan murid belum dapat sepenuhnya kerana pendaftaran belum dibuka,” katanya.

Fadhlina berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program dan Semarak Sejahtera Warga Emas Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) Datuk Che Murad Sayang Ramjan.

Beliau berkata tumpuan utama KPM ketika ini ialah pemetaan kawasan dan sekolah termasuk mengenal pasti fasiliti sedia ada, kapasiti kelas dan mengoptimumkan sekolah yang dijangka menerima limpahan pelajar.

“Kalau ikut pemetaan kita, semua kawasan bandar dijangka terima lebih ramai (murid) daripada biasa. Bermakna ibu bapa menyambut perkara ini dengan sangat baik,” katanya.

Dalam usaha menampung keperluan itu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata KPM akan mengoptimumkan penggunaan kelas sedia ada dan menambah kelas baharu melalui kaedah pembinaan sistem berindustri (IBS) yang lebih pantas berbanding pembinaan konvensional.

“Kita juga akan membuka pengambilan 20,000 guru seperti yang diperlukan. Dua perkara utama sedang kita persiapkan dengan sangat tekun dan teliti kerana KPM komited memastikan kelancaran pelaksanaan kemasukan murid tahun satu,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: PLKN diperluas di 20 universiti awam tahun depan
Next: Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman dibuka mulai hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.