Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • KPM bincang hadkan jumlah guru sertai aktiviti luar sekolah
  • PENDIDIKAN

KPM bincang hadkan jumlah guru sertai aktiviti luar sekolah

Utusan Sarawak 2 days ago
GAMBAR hiasan.

JASIN: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengadakan perbincangan bagi mengehadkan jumlah guru untuk menyertai aktiviti luar sekolah, kata Ketua Pengarah Pendidikan Dr Mohd Azam Ahmad.

Beliau berkata langkah itu diambil dalam usaha mengurangkan beban tugas pendidik yang sering dilibatkan dalam tugasan luar sekolah.

“Sebenarnya, satu hari berapa orang cikgu boleh pergi, tak ada (tiada di sekolah) untuk (menyertai) aktiviti-aktiviti ini pun kita akan berbincang,” kata selepas merasmikan Program Mahrajan Al-Quran Sekolah-Sekolah (MQSS) Kementerian Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2025 di Politeknik Merlimau di sini hari ini.

Khamis lepas, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dilaporkan berkata kementerian itu menggariskan tujuh langkah bagi mengurangkan beban tugas guru termasuk memansuhkan acara tidak berimpak tinggi dan melantik orang awam sebagai pengawas peperiksaan.

Beliau berkata isu yang berpanjangan itu sememangnya menjadi fokus beliau sejak memulakan perkhidmatan di KPM dan memerlukan penyelesaian yang menyeluruh. 

Mohd Azam berkata guru besar dan pengetua juga diminta untuk menyusun strategi dalam menyelaraskan aktiviti-aktiviti yang membabitkan guru agar lebih terkawal dan tidak menambah tanggungjawab sedia ada mereka.

“Saya fokuskan murid dan pelajar kita datang sekolah, mesti dapat hak mereka untuk belajar dan guru-guru tidak payah pening-pening kepala (untuk program bukan berimpak tinggi).

“Perkara lain yang tidak profesional dan tiada kaitan dengan aktiviti pembelajaran dan murid (boleh) tinggalkan,” katanya.

–Bernama

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: SMK St. Luke Sri Aman Johan Forum Remaja Madani Peringkat Sarawak 2025
Next: 10 ahli MKKS sertai kem pendidikan di Chengdu, China

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.