Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • KPLB laksana Program SKoD di 182 kawasan Parlimen
  • NASIONAL

KPLB laksana Program SKoD di 182 kawasan Parlimen

Utusan Sarawak 3 years ago

PADANG TERAP, 23 April -- Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid (tiga, kanan) menyampaikan bantuan berupa barangan keperluan kepada penerima asnaf miskin pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan masyarakat setempat di Pusat Komuniti Padang Kerasak hari ini. Lebih 100 orang penduduk kategori miskin menerima bantuan tersebut berserta wang tunai bagi meringankan beban yangditanggung. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

PADANG TERAP: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan melaksanakan program Sahabat Komuniti Desa (SKoD) di 182 kawasan Parlimen yang berada di luar bandar bermula tahun ini.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, program di bawah penyelarasan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) itu juga bagi menggerakkan lebih banyak aktiviti sukarelawan dengan lebih berkesan.

“SKoD ini merupakan Kumpulan Tindakan Komuniti yang ditubuhkan di kawasan luar bandar yang mempunyai peranan seperti Komuniti Rukun Tetangga.

“Cuma bezanya SKoD fokus kepada komuniti di luar bandar iaitu penyertaannya adalah secara sukarela dan terbuka serta membabitkan penghulu, ketua kampung, institusi kepimpinan komuniti, jawatankuasa masjid, surau serta orang awam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Komuniti Sejahtera dan Iftar Bersama Warga Kemas di Pusat Komuniti Padang Kerasak di sini malam Sabtu lalu yang turut dihadiri Ketua Pengarah Kemas Datuk Mohamad Yasid Bidin.

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata SKoD menyasarkan sekurang-kurangnya 15 ahli bagi setiap kampung secara sukarela dengan tanpa sebarang bayaran keahlian.

Beliau berkata, antara program yang dilaksanakan ialah aktiviti kesedaran kesihatan, amalan gaya hidup sihat dan program menangani isu keselamatan serta kebajikan penduduk kampung.

Selain itu, program yang dianjurkan turut memberi tumpuan kepada memupuk semangat patriotisme seperti sambutan Hari Kebangsaan dan kebesaran Islam.

“Sebagai contoh apabila berlaku bencana seperti banjir, tanah runtuh atau kebakaran di kawasan mereka, sukarelawan SkoD ini akan menjadi barisan paling pantas untuk membantu mangsa yang terkesan dengan musibah yang berlaku di tempat mereka.

Sehubungan itu, Mahdzir mengharapkan yang SKoD mampu melahirkan generasi pelapis yang akan menjadi barisan kepimpinan dalam kalangan penduduk kampung. – Bernama

Continue Reading

Previous: Pan Borneo: KKR harap tiada lagi penangguhan
Next: MTUC perlu wujud hubungan baik majikan, pekerja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.