Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • KPLB berinisiatif bantu usahawan Bumiputera Sarawak
  • BISNES

KPLB berinisiatif bantu usahawan Bumiputera Sarawak

Utusan Sarawak 5 years ago
SIDANG MEDIA… Datuk Dr.Abdul Latiff sselepas mengadakan lawatan ke beberapa buah kilang usahawan tempatan di Taman Perindustrian Bako,semalam.

KUCHING: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan mencari jalan membantu usahawan Bumiputera Sarawak sedia ada menjana pendapatan lebih rancak.

Menteri KPLB, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad mendapati kebanyakan usahawan yang ditemuinya menghadapi halangan dan rintangan untuk tujuan berkenaan

“Produk-produk mereka tidak ada masalah, produk mereka amat bagus (hingga) dah sampai ke tahap halal ada dah sampai kepada ‘good manufacturing practice certificate’ dan ada dah sampai ke jepun,” katanya.

Dr. Abdul berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Taman Perindustrian Demak Laut, Jalan Bako semalam.

Dari pengamatannya, produk-produk tempatan seperti lawatannya ke kilang madu kelulut dan kilang pes masakan Dr. Abdul mengakui produk usahawan-usawahan tempatan sudah mencapai standard antarabangsa.

“Cuma bagaimana mereka nak mengembangkan lagi produk mereka ini supaya mendapat pasaran atau jualan yang memberangsangkan,” ujarnya.

Dr. Abdul mendedahjan antara cara kementerian membantu adalah melalui program kementerian seperti dalam strategi pemasaran digital dan pembungkusan produk tempatan di sini sehingga dapat mencapai pasar yang lebih luas.

Malah dalam lawatan itu, Dr. Abdul turut menegur cara pembungkusan produk juga perlu diperbaiki memandangkan ia adalah tarikan dan salah satu strategi menarik perhatian para pembeli.

“Dengan adanya Covid-19, cara kita memasarkan produk produk tak kiralah produk Bumiputera atau bukan Bumiputera, paling penting adalah platform pemasaran,” ujarbya pemasaran secara digital dan dalam talian bakal diketengahkan oleh kementeriannya.

Oleh demikian, Dr. Abdul menyatakan pihaknya bekerjasama dengan Kementerian Pertanian Sarawak bakal memberi bantuan kepada strategi tersebut.

Lawatan Dr. Abdul bersama deligasi kementeriannya turut diiringi Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Asli dan Pembangunan Wilayah (MANRED), Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail.

Oleh Diyana Samsuddin

Continue Reading

Previous: Perkembangan sektor pertanian kepada golongan sasar
Next: Jawatankuasa teknikal tangani isu usahawan wanita

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.