Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • KPK cadang bangun kawasan tanaman baharu koko di Sarawak
  • BISNES

KPK cadang bangun kawasan tanaman baharu koko di Sarawak

Utusan Sarawak 3 days ago
KPK bercadang membangunkan kawasan tanaman baharu koko di Sarawak bagi menjadikan negeri itu sebagai hab pengeluaran utama komoditi tersebut di bawah RMK13.
 

KUALA LUMPUR: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) bercadang membangunkan kawasan tanaman baharu koko di Sarawak bagi menjadikan negeri itu sebagai hab pengeluaran utama komoditi tersebut di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13).

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chang Fong Hin berkata dengan kerjasama kerajaan negeri Sarawak dan Lembaga Koko Malaysia (LKM) cadangan tersebut diharap dapat dilaksanakan melalui Program Pembangunan Koko Sarawak pada tahun depan melibatkan kawasan seluas 500 hektar.

“Kita akan (sediakan) peruntukan sebanyak RM35,000 sehektar (penanaman) dalam tempoh tiga tahun, melibatkan lantikan kontraktor, pendaftaran peserta dan pembangunan tanaman koko secara penyumberan luaran. 

“Dalam RMK13, kita juga minta bantuan input pertanian dan peralatan bagi pekebun kecil sedia ada di Sarawak untuk 600 hektar dengan penglibatan 800 orang pekebun kecil dengan RM3,000 sehektar satu tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan daripada Rodiyah Sapiee (GPS-Batang Sadong) yang bertanyakan tentang inisiatif kerajaan untuk membangunkan 2,500 hektar ladang koko di Sarawak di bawah RMK13 semasa sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Terdahulu, Chan memaklumkan KPK melalui LKM telah melaksanakan lima program utama di Sarawak bernilai RM7 juta, di bawah “Rolling Plan” RMK12 bermula 2022 hingga 2025, melibatkan pembangunan di kawasan Asajaya-Sebuaya-Simunjan melalui Program Rangsangan Pengeluaran Hasil Koko.

Beliau berkata kerajaan turut menganjurkan Program Pembangunan Bahan Tanaman “Fine or Flavour Cocoa” dan Koko Organik serta Program Pemodenan Pertanian yang melibatkan 329 petani, merangkumi keluasan 311.4 hektar.

“Kesemua program yang dinyatakan bertujuan memperkukuhkan daya saing industri koko serta memastikan sektor koko terus menjadi penyumbang penting kepada kemajuan ekonomi negara secara mampan dan sentiasa berdaya saing di pasaran global.

“Kerajaan sentiasa berusaha meningkatkan pendapatan pekebun kecil koko dan menambah keluasan kawasan tanaman koko melalui pembangunan tanaman, penukaran klon sedia ada kepada klon “Fine Flavour”,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: LGM rangka pelan strategik 2026-2030 untuk pertumbuhan industri
Next: Indeks harga seunit besi naik 0.4-1.9 peratus pada September 2025 – DOSM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.