Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • KPJ Kuching Specialist Hospital raih pengiktirafan kecemerlangan ortopedik di Anugerah Penjagaan Kesihatan Asia 2026
  • KESIHATAN

KPJ Kuching Specialist Hospital raih pengiktirafan kecemerlangan ortopedik di Anugerah Penjagaan Kesihatan Asia 2026

Utusan Sarawak 6 hours ago
TAHNIAH… Dr Kenny Yeap (kiri), menerima Anugerah Hospital Pakar Terbaik Tahun Ini (Ortopedik) bagi KPJ Kuching Specialist Hospital pada majlis Anugerah Penjagaan Kesihatan Asia 2026 di Singapura, baru-baru ini.

KUCHING: KPJ Kuching Specialist Hospital menerima pengiktirafan Hospital Pakar Terbaik Tahun Ini (Ortopedik) – Malaysia pada Anugerah Penjagaan Kesihatan Asia 2026. 

Anugerah itu disampaikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Serantau, Dr Kenny Yeap Kim Pey, pada majlis di Marina Bay Sands, Singapura, yang menghimpunkan institusi kesihatan terkemuka dari seluruh Asia.

Pengiktirafan ini menonjolkan kemajuan hospital dalam pembedahan berpandu robotik, pertumbuhan bilangan pembedahan dan komitmen menyediakan rawatan berfokuskan pesakit. 

Diketuai oleh Pakar Bedah Ortopedik, Dr Lee Woo Guan dan Dr Nazari Ahmad Tarmuzi, Kuching Specialist Hospital telah melaksanakan 1,800 prosedur Pergantian Lutut Total (TKR) berpandu robotik sehingga Februari 2026, termasuk 950 kes pada 2025 sahaja.

TAHNIAH… Anugerah Hospital Pakar Terbaik Tahun Ini (Ortopedik) bagi KPJ Kuching Specialist Hospital pada majlis Anugerah Penjagaan Kesihatan Asia 2026 di Singapura, baru-baru ini.

Hospital menggunakan teknologi terkini seperti VELYS™ Robotic-Assisted Solution, membolehkan bedah menempatkan implan dengan lebih tepat, mengurangkan variasi, dan mempercepatkan pemulihan pesakit. Kes seperti Ibu Otty Dewiyanti Budiarto, 79 tahun, yang kembali bergerak normal dalam beberapa hari selepas pembedahan dari Jakarta, menunjukkan keberkesanan teknik ‘minimally invasive’ dan laluan mobilisasi awal hospital.

KPJ Kuching Specialist Hospital turut memperkenalkan proses pra-operasi yang lancar, penjagaan perioperatif terkoordinasi, serta protokol rehabilitasi selaras prinsip ‘Enhanced Recovery After Surgery (ERAS)’, membantu pesakit kembali berdikari lebih cepat.

Dr Kenny Yeap menyifatkan anugerah itu sebagai bukti dedikasi pasukan ortopedik, manakala Dr Lee Woo Guan menekankan pengiktirafan ini menghargai model penjagaan berpusatkan pesakit, bukan sekadar teknologi.

Terdahulu, Hospital ini turut menerima pengiktirafan serupa di Global Health Awards 2025 sebagai Penyedia Perkhidmatan Ortopedik Terbaik Asia-Pasifik di Bangkok, Thailand.

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Ubat antibodi monoklon hepatitis D pertama di dunia mula digunakan di Beijing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.