Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • KPJ Kuching rai kejayaan 1,111 pembedahan lutut robotik
  • KESIHATAN

KPJ Kuching rai kejayaan 1,111 pembedahan lutut robotik

Utusan Sarawak 20 hours ago
PRESIDEN dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Chin Keat Chyuan.

KUCHING: Hospital Pakar KPJ Kuching berjaya melaksanakan pembedahan penggantian lutut keseluruhan (TKR) ke-1,111 menggunakan bantuan robotik, sekali gus mencatat pencapaian penting dalam bidang pembedahan ortopedik berketepatan tinggi.

Dalam kenyataan hari ini, hospital itu memaklumkan kejayaan berkenaan mencerminkan komitmen berterusan terhadap kecemerlangan klinikal dan kedudukannya sebagai peneraju dalam pembedahan penggantian sendi menggunakan teknologi robotik dalam rangkaian KPJ Healthcare.

“Pencapaian ini turut mengukuhkan lagi pengiktirafan yang diterima baru-baru ini apabila hospital ini dinobatkan sebagai Penyedia Perkhidmatan Ortopedik Terbaik Asia-Pasifik 2025 pada Anugerah GlobalHealth Asia-Pacific, hasil penilaian terhadap inovasi, hasil pembedahan dan piawaian penjagaan pesakit,” menurut kenyataan itu.

Prosedur bantuan robotik di KPJ Kuching dijalankan menggunakan ROSA® Knee System oleh Zimmer Biomet dan VELYS™ Robotic-Assisted Solution oleh Johnson & Johnson, kedua-duanya merupakan teknologi canggih yang direka untuk meningkatkan ketepatan pembedahan dan hasil rawatan pesakit.

“Sistem ini menawarkan ketepatan lebih tinggi, tempoh pemulihan yang lebih pantas serta pergerakan jangka panjang yang lebih baik, terutamanya bagi pesakit yang mengalami sakit lutut kronik atau osteoartritis tahap lanjut,” menurut hospital itu.

Menurut kenyataan itu, program pembedahan robotik KPJ Kuching juga telah menghasilkan kadar komplikasi yang lebih rendah, penginapan hospital yang lebih singkat serta tahap kepuasan pesakit yang lebih tinggi, sejajar dengan peningkatan jumlah pesakit yang memilih prosedur bantuan robotik.

“KPJ Healthcare kekal komited untuk terus melabur dalam teknologi robotik, kepimpinan klinikal dan perkhidmatan subkepakaran sebagai sebahagian daripada agenda transformasi yang lebih menyeluruh,” menurut kenyataan itu lagi.

-Bernama

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Nicholsion urges introduction of National Insurance Scheme to address rising healthcare costs

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.