Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • KPDNHEP Sibu sentiasa pantau harga barang
  • TEMPATAN

KPDNHEP Sibu sentiasa pantau harga barang

Utusan Sarawak 5 years ago
PEMERIKSAAN… Pegawai penguatkuasa KPDNHEP Cawangan Sibu ketika menjalankan pemeriksaan di Permai, Sibu semalam.

AKUN GIMAN

SIBU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana peniaga yang mengambil kesempatan dengan menaikan harga barang secara tidak munasabah terutamanya barangan kawalan.

Ketua Cawangan KPDNHEP Sibu, Kelyn Bolhassan @Haliward berkata, pegawai penguatkuasa KPDNHEP cawangan Sibu sentiasa menjalankan pemeriksaan berterusan dan memantau isu kenaikan harga barangan di daerah Sibu.

“Justeru itu, ketika pegawai penguatkuasa menjalankan pemeriksaan di kawasan Permai semalam (27 April) satu tindakan tegas telah diambil terhadap sebuah premis perniagaan kerana menjual barangan kawalan iaitu gula pasir bertapis kasar (1 kg) melebihi harga kawalan yang telah ditetapkan,” jelasnya.

Katanya, peniaga tersebut telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 iaitu mana-mana orang yang menjual atau menawarkan untuk menyediakan apa-apa perkhidmatan caj terkawal atau mengutip deposit selain mengikut harga atau caj yang ditentukan oleh Pengawal di bawah Seksyen 4,5 atau 7 melakukan satu kesalahan.

“Beliau telah dikenakan kompaun sebanyak RM5,000 di atas kesalahan yang dilakukannya,” tegasnya.

Sehubungan itu, katanya, perlu diketahui bahawa dua jenis gula yang ditetapkan sebagai barangan harga terkawal iaitu gula pasir putih bertapis kasar satu kilogram harga borong RM2.77 dan harga runcit RM2.85.

“Manakala, gula pasir putih bertapis halus satu kilogram harga borong RM2.85 dan harga runcit RM2.95.

“Kedua-dua jenis gula yang dikawal harganya secara perundangan di bawah peruntukan Perintah Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (Penentu Harga Maksimum) (No.3) 2018,” ujarnya lagi.

Beliau menegaskan, pihak kementerian mengingatkan peniaga agar sentiasa mematuhi peraturan dan menjalankan urus niaga dengan beretika atau tindakan tegas akan diambil sekiranya gagal mematuhi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

“Orang ramai diharap dapat membantu dengan menyalurkan sebarang maklumat atau aduan mengenai kegiatan peniaga yang tidak beretika kepada kementerian melalui aplikasi telefon pintar Ez ADU, atau website: e-aduan.kpdnhep.gov.my

“Atau email ke alamat e-aduan@kpdnhep.gov.my atau datang terus ke pejabat KPDNHEP cawangan Sibu,” jelasnya.

Continue Reading

Previous: Poliklinik Miri menerima 500 penutup mulut dan hidung
Next: Rumah dua tingkat musnah terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.