Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • KPDNHEP cadang lesen khas
  • NASIONAL

KPDNHEP cadang lesen khas

Utusan Sarawak 4 years ago

PUTRAJAYA, 18 Mac -- Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid (tengah) beramah mesra bersama para pemenang anugerah pada Majlis Anugerah Pilihan Pengguna 2020-2021 anjuran Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Selangor hari ini. Turut kelihatan, Presiden Kebangsaan Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Datuk Paduka Dr Kevy KV Yeo (kanan) dan Pengerusi Majlis Tindakan Pengguna Negara Cawangan Negeri Selangor Datuk Dr Gavin Voon Shih Chin (kiri). Sebanyak 42 syarikat menerima anugerah pada majlis tersebut. -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

TERIMA ANUGERAH… Datuk Rosol Wahid (tengah) beramah mesra bersama para pemenang anugerah pada Majlis Anugerah Pilihan Pengguna 2020-2021 anjuran Majlis Tindakan
Pengguna Negara (MTPN) Selangor, semalam. Turut kelihatan, Presiden Kebangsaan Majlis
Tindakan Pengguna Negara (MTPN), Datuk Paduka Dr. Kevy KV Yeo (kanan) dan Pengerusi
Majlis Tindakan Pengguna Negara Cawangan Negeri Selangor, Datuk Dr Gavin Voon Shih
Chin (kiri). •Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bercadang memperkenalkan lesen khas perniagaan dalam talian sebagai langkah melindungi pengguna daripada menjadi mangsa ‘scammer’ atau penipuan jual beli di platform tersebut.

Timbalan Menterinya Datuk Rosol Wahid berkata, menerusi lesen tersebut, peniaga akan tertakluk kepada syarat yang perlu dipatuhi, manakala pengguna dapat melakukan pembelian dalam talian tanpa ragu-ragu tentang kesahihan dan reputasi peniaga.

Katanya, pelaksanaan lesen khas itu akan dikuatkuasakan selepas pindaan dilakukan ke atas Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.

“Lesen khas perniagaan dalam talian ini antara langkah efektif untuk memerangi masalah scammer dan kami akan berusaha menguatkuasakan lesen ini dengan segera,” katanya, kepada media selepas menghadiri majlis Anugerah Pilihan Pengguna 2020-2021, di sini semalam.

Berdasarkan rekod kementerian, katanya, jumlah aduan mengenai transaksi dalam talian pada tahun lepas menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 11,510 aduan berbanding 5,414 pada 2019, di mana 7,797 daripada aduan tersebut adalah kerana tidak menerima barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan.
 
Rosol berkata, risiko penipuan transaksi dalam talian itu boleh dielakkan dengan membuat semakan nombor akaun bank peniaga sebelum melakukan pemindahan wang.

Sebagai contoh, katanya, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai kemudahan laman web dan aplikasi dikenali sebagai ‘Semak Mule CCID’ untuk pengguna membuat semakan awal seperti akaun bank atau nombor telefon peniaga sebelum pemindahan wang dilakukan.

Dalam pada itu, Rosol berkata, Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Kebangsaan juga sedang membangunkan aplikasi mudah alih yang diberi nama ‘idenfic’ bagi membolehkan pengguna mengenal pasti serta melaporkan akaun penipu atau scammer melalui beberapa langkah mudah.–  Bernama
 

Continue Reading

Previous: Muhyiddin terima dos kedua vaksin Covid-19
Next: Dasar Perhutanan Malaysia jadi rujukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.