Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • KPDN umum lapan jenis barangan SHMMP menjelang Deepavali
  • SEMASA

KPDN umum lapan jenis barangan SHMMP menjelang Deepavali

Utusan Sarawak 7 months ago
PENGARAH KPDN Sarawak, Matthew Dominic Barin mengadakan tinjauan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2024 di BS Supermart Sdn Bhd, semalam.

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2024 selama tujuh hari bermula 28 Oktober hingga 3 November depan.

Pengarahnya, Matthew Dominic Barin memberitahu pelaksanaan SHMMP melibatkan lapan jenis barangan, termasuk daging kambing biri-biri bertulang import.

“Tempoh pelaksanaan, tiga hari sebelum perayaan, satu hari semasa perayaan dan tiga hari selepas perayaan.

“Barangan lain termasuk tomato, cili merah, kelapa biji (harga maksimum di peringkat borong sahaja), kelapa parut (harga maksimum di peringkat runcit sahaja), bawang merah kecil (India) termasuk ros, bawang merah besar import dan kacang dal (Australia),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika mengadakan tinjauan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2024 di BS Supermart Sdn Bhd, semalam.

Tambah Matthew Dominic, kawalan dan pemeriksaan harga barang bukan sahaja dilakukan ke atas perayaan Deepavali, sebaliknya bagi setiap perayaan.

Mengulas lanjut perkara itu, katanya, KPDN Sarawak telah mengerakkan seramai 214 pegawai penguatkuasa dan 97 pegawai pemantau bagi tujuan memantau keberadaan bekalan dan pematuhan serta pemeriksaan di pasar awam di lokasi stategik di negeri ini.

Tegasnya, pemantauan ini bagi mengesan ketidakpatuhan atau menyiasat aduan pengguna supaya mana-mana ketidakpatuhan oleh peniaga dapat diambil tindakan undang-undang yang ditetapkan.

Untuk rekod, KPDN telah menjalankan pemeriksaan terhadap 67,550 premis sejak 1 Januari 2024 sehingga 27 Oktober 2024 yang membawa kepada sebanyak 746 kes dengan nilai kompaun RM228,700 dengan anggaran nilai sitaan berjumlah RM 22,293,819.27.

Justeru, Matthew Dominic menyeru orang awam untuk memberi kerjasama dan  memaklumkan sebarang aduan melalui talian KPDN Sarawak.

Oleh Noor Ikmal

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: MetMalaysia keluarkan nasihat taufan Kong-Rey
Next: Pasukan Electrocak juara ‘IC Design Make-A-Thon’ anjuran SMD

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.