Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • KPDN tingkat kawalan di ICQS Tebedu 
  • SEMASA

KPDN tingkat kawalan di ICQS Tebedu 

Utusan Sarawak 16 hours ago
KOMPLEKS Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu.

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengukuhkan kawalan dan pemantauan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu bagi memantau tahap pematuhan kenderaan perdagangan serta persendirian terhadap perundangan yang dikuatkuasakan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Dr Fuziah Salleh berkata bermula April tahun ini, KPDN Sarawak telah menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan di ICQS berkenaan.

“KPDN bekerjasama dengan pihak ICQS Tebedu untuk menempatkan pegawai dengan kekerapan sebanyak empat hari seminggu bagi mencegah aktiviti penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, Fuziah berkata KPDN juga sentiasa memikirkan strategi untuk membendung ketirisan dan penyelewengan dengan menjalankan risikan dan pemeriksaan berkala ke atas stesen minyak yang berada di sempadan negara.

“Kita juga membuat kerjasama strategik dengan agensi-agensi penguatkuasaan sempadan seperti Pasukan Gerakan Am, Agensi Penguatkuasaan Maritim dan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS),” katanya. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Gabungan CAAM- MAVCOM pacu pertumbuhan sektor penerbangan – AirAsia
Next: Menteri Australia tiba di Kuching, perkukuh hubungan dua hala

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.