Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • KPDN tetapkan harga maksimum 14 barangan keperluan sempena Krismas 2025
  • Utara
  • WILAYAH

KPDN tetapkan harga maksimum 14 barangan keperluan sempena Krismas 2025

Utusan Sarawak 10 hours ago
KPDN melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 2025 bagi memastikan kestabilan harga barangan keperluan. Foto Facebook KPDN

MIRI: Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 2025 di kawasan Miri dan Marudi bagi memastikan kestabilan harga barangan keperluan sepanjang musim perayaan.

KPDN Miri menerusi satu kenyataan berkata skim berkenaan berkuat kuasa selama lima hari bermula 23 hingga 27 Disember 2025, melibatkan 14 barangan harga terkawal di peringkat runcit.

“Pelaksanaan skim ini bertujuan melindungi pengguna daripada kenaikan harga tidak munasabah serta memastikan bekalan barangan keperluan mencukupi di pasaran sepanjang sambutan Krismas,” kata kenyataan itu yang dikeluarkan petang tadi.

Antara barangan terlibat ialah ayam tua hidup dengan harga maksimum RM8.10 sekilogram, kepak ayam (RM14.50 sekilogram), daging kambing biri-biri bertulang import (RM33.00 sekilogram) serta beberapa produk daging babi termasuk perut babi (RM29.00 sekilogram) dan daging bercampur lemak (RM28.00 sekilogram).

Harga maksimum turut ditetapkan bagi sayur-sayuran utama seperti kubis bulat import dari Indonesia dan China (RM4.00 sekilogram), lobak merah China (RM5.50 sekilogram), tomato (RM7.00 sekilogram), lada benggala hijau (RM16.50 sekilogram) dan cili merah (RM17.00 sekilogram).

Selain itu, ubi kentang import China dijual pada harga maksimum RM3.50 sekilogram, manakala bawang merah besar dan bawang kuning besar masing-masing ditetapkan pada harga RM4.50 sekilogram.

KPDN Miri turut mengingatkan semua peniaga diwajibkan mematuhi harga maksimum, meletakkan tanda harga berwarna merah jambu (pink) bagi barangan terkawal, memastikan bekalan mencukupi serta menggunakan alat timbang dan sukat yang telah ditentusahkan.

Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang melanggar peruntukan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, termasuk denda dan hukuman penjara.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau aduan berkaitan boleh menghubungi Hotline KPDN 1-800-886 800, WhatsApp Aduan Pengguna 019-848 8000 atau membuat aduan secara dalam talian menerusi e-Aduan KPDN.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: 146 kanak-kanak sertai Sunathon 2025 di Hospital Miri
Next: ALPH Hospital Saratok santuni pesakit sempena Krismas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.