Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • KPDN terima dua aduan kenaikan barangan SARA, MyKasih
  • SEMASA

KPDN terima dua aduan kenaikan barangan SARA, MyKasih

Utusan Sarawak 3 days ago
PENGUNJUNG memanfaatkan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 dengan membeli barangan keperluan harian ketika tinjauan di pasar raya. Foto Bernama

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerima dua aduan berkaitan kenaikan harga barangan di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan MyKasih.

Ketua Setiausaha KPDN Datuk Seri Mohd Sayuthi Bakar berkata berdasarkan siasatan perkara itu berpunca daripada kesilapan teknikal peruncit ketika menguruskan sistem kod barangan, namun isu terbabit telah diperbetulkan.

KETUA Setiausaha KPDN Datuk Seri Mohd Sayuthi Bakar.

“Kita (KPDN) telah meningkatkan pemantauan. Semua pegawai penguat kuasa negeri telah diarahkan  memberi tumpuan khusus kepada kedai yang terlibat dengan program ini supaya tiada peniaga mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan berlebihan,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menutup Program Jelajah Karnival KPDN 2025 dan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) Zon Sarawak di Tebingan Sungai Kuching hari ini.

Mohd Sayuthi berkata tindakan tegas akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada terhadap mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan menaikkan harga secara tidak wajar. 

Dalam pada itu, Mohd Sayuthi berkata program jelajah dan KBBM merekodkan nilai jualan keseluruhan melebihi RM500,000 setakat ini, termasuk Jualan Rahmah berjumlah RM180,000 semalam.

Beliau berkata program yang menarik kehadiran kira-kira 35,000 pengunjung setakat petang tadi turut mencatat jualan kenderaan oleh rakan strategik, dengan dua kereta terjual pada hari pertama.

“Kita tidak menetapkan sasaran jualan kerana matlamat utama adalah memberi peluang orang ramai mendapatkan barangan mampu milik serta mengetahui inisiatif disediakan,” katanya.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Fenomena gerhana bulan penuh berwarna kemerahan dijangka berlaku malam ini hingga awal pagi esok
Next: RUU Tribunal Anti-Buli dijangka dibentang di Parlimen Oktober ini – Azalina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.