Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • KPDN Sibu tetapkan harga maksimum sembilan barangan menjelang Deepavali
  • SEMASA

KPDN Sibu tetapkan harga maksimum sembilan barangan menjelang Deepavali

Utusan Sarawak 5 days ago
PEMANTAUAN… Penguat kuasa KPDN Cawangan Sibu ketika memantau harga barangan di beberapa pasar raya di Sibu. Foto KPDN Cawangan Sibu

SIBU: Sebanyak sembilan jenis barangan telah ditetapkan harga maksimum sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2025 di Bahagian Sibu yang bermula hari ini hingga Rabu depan.

Pelaksanaan skim selama tujuh hari itu bertujuan mengawal kenaikan harga barang secara tidak munasabah menjelang sambutan Deepavali, di samping melindungi pengguna daripada sebarang tindakan tidak beretika oleh peniaga.

Ketua Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sibu Kelyn Bolhassan@Haliward memberitahu, antara barangan yang terlibat dalam skim kawalan harga ini adalah daging kambing biri-biri bertulang import, tomato, cili merah, bawang merah kecil India termasuk jenis ‘Ros’, bawang merah besar import serta kacang dal dari Australia. 

“Turut tersenarai kelapa biji dan kelapa parut namun kawalan harga bagi kedua-dua barangan ini hanya dikenakan di peringkat borong.

“Pemantauan secara berterusan akan dilakukan sepanjang tempoh pelaksanaan skim bagi memastikan para peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana peniaga yang menaikkan harga secara mendadak dan ketara, mengikut peruntukan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Jika didapati melanggar peraturan dengan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum yang telah ditetapkan, individu boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, manakala bagi syarikat, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM500,000,” tegasnya.

PEMANTAUAN… Penguat kuasa KPDN Cawangan Sibu ketika memantau harga barangan di beberapa pasar raya di Sibu. Foto KPDN Cawangan Sibu

Beliau memberitahu kegagalan peniaga meletakkan tanda harga berwarna merah jambu pada barangan harga terkawal juga merupakan satu kesalahan.

“Bagi kesalahan ini, individu boleh didenda sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000, manakala syarikat pula boleh dikenakan denda sehingga RM20,000 atau kompaun tidak melebihi RM10,000.

“KPDN turut mengingatkan agar para pengeluar, pemborong dan peruncit tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga secara melampau selepas tamatnya tempoh pelaksanaan skim ini. 

“Semua pihak digesa supaya bertanggungjawab dan memainkan peranan masing-masing bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan SHMMP Deepavali 2025,” katanya lagi.

Orang ramai yang mendapati sebarang pelanggaran terhadap undang-undang di bawah skim ini boleh mengemukakan aduan melalui beberapa saluran seperti aplikasi telefon pintar Ez ADU, laman web rasmi kementerian di e-aduan.kpdn.gov.my, atau melalui emel ke [e-aduan@kpdn.gov.my](mailto:e-aduan@kpdn.gov.my).

Aduan juga boleh dikemukakan secara fizikal di Pejabat KPDN Cawangan Sibu, Tingkat 1, Wisma Persekutuan Blok 3, 96000 Sibu, Sarawak atau dengan menghubungi talian telefon pejabat di 084-335622 serta menerusi aplikasi WhatsApp ke 019-2794317.

Kelyn turut menggesa agar para peniaga mengamalkan etika perniagaan yang bertanggungjawab manakala pengguna pula disarankan supaya lebih peka terhadap hak mereka dalam memastikan kestabilan harga barangan sempena musim perayaan.

Oleh Akun Giman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Fatwa perlu menyentuh seluruh aspek kehidupan – Tun Wan Junaidi
Next: Dato Wee kukuhkan kerjasama MBKS dengan Toyota City

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.