Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • KPDN serbu premis di Tudan jual LPG bersubsidi melebihi harga maksimum
  • WILAYAH

KPDN serbu premis di Tudan jual LPG bersubsidi melebihi harga maksimum

Utusan Sarawak 1 day ago
SERBU… Pasukan Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Cawangan Miri semasa menyerbu premis di Tudan, Miri selepas disyaki menjual Gas Petroleum Cecair (LPG) melebihi harga maksimum runcit LPG bersubsidi. Foto KPDN Miri 

MIRI: Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Cawangan Miri telah melakukan serbuan ke atas salah satu premis di Tudan selepas menerima aduan awam berhubung penjualan Gas Petroleum Cecair (LPG) melebihi harga maksimum runcit LPG bersubsidi.

Serbuan itu dilakukan hasil siasatan terhadap aduan yang tular di laman sosial Facebook baru-baru ini.

Hasil pemeriksaan mendapati premis berkenaan disyaki menjual barang kawalan itu pada harga yang lebih tinggi daripada yang dibenarkan.

Menurut kenyataan KPDN Miri, tindakan kes diambil di bawah Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, yang memperuntukkan hukuman terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan harga barang kawalan.

SERBU… Pasukan Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Cawangan Miri semasa menyerbu premis di Tudan, Miri selepas disyaki menjual Gas Petroleum Cecair (LPG) melebihi harga maksimum runcit LPG bersubsidi. Foto KPDN Miri 

KPDN Miri turut menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga sesuka hati dan mengingatkan semua peniaga supaya sentiasa mematuhi undang-undang serta mengamalkan amalan perniagaan beretika.

Bagi memastikan kelancaran penguatkuasaan, orang ramai digalakkan menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat atau aduan mengenai salah laku peniaga.

Aduan boleh disalurkan melalui WhatsApp Aduan Pengguna di talian 019-8488000, portal eaduan.kpdn.gov.my, talian bebas tol 1-800-886-800 atau aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDN.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ular berbisa berjaya ditangkap anggota bomba di Bintangor
Next: Peruntukan RM250,000 naik taraf prasarana sukan di Kampung Lubuk Piasau, Lubuk Sigantang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.