Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • KPDN Sarawak siasat aduan tular petrol RON95 disyaki bercampur diesel, air
  • SEMASA

KPDN Sarawak siasat aduan tular petrol RON95 disyaki bercampur diesel, air

Utusan Sarawak 5 hours ago
KERJA-kerja pembaikan serta pembersihan sistem tangki dan pam minyak di salah satu stesen minyak di kawasan Kota Samarahan, baru-baru ini.

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak telah mengambil tindakan segera berhubung satu aduan tular di media sosial mengenai petrol RON95 yang disyaki bercampur diesel atau air di salah satu stesen minyak di kawasan Kota Samarahan.

Menurut KPDN Sarawak, siasatan dijalankan pada 24 Disember lepas kira-kira 2.30 petang oleh sepasukan empat pegawai penguat kuasa susulan aduan yang diterima daripada laman Facebook Sarawak Roads Update. Pemeriksaan dilakukan ke atas stesen minyak berkenaan bagi mengesahkan dakwaan yang tular.

Susulan siasatan awal, satu Kertas Siasatan (Enquiry Paper – EP) telah dibuka di bawah Seksyen 5(1)(b) Akta Perihal Dagangan 2011 kerana disyaki melanggar Seksyen 6(1)(d) akta yang sama, berkaitan perihal dagangan palsu berhubung kandungan sesuatu barangan.

KPDN Sarawak menegaskan tindakan pantas ini diambil bagi memastikan hak pengguna sentiasa dilindungi serta memastikan peniaga mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

Di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, mana-mana peniaga yang didapati melakukan kesalahan boleh dikenakan tindakan termasuk penalti berikut bagi pertubuhan perbadanan, denda tidak melebihi RM250,000 dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya denda sehingga RM500,000. Bagi individu, denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan berulang, denda sehingga RM250,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Dalam pada itu, KPDN Sarawak mengalu-alukan aduan daripada orang ramai serta kerjasama agensi lain dalam usaha membanteras salah laku perniagaan dan melindungi kepentingan pengguna. Pengedar dan peniaga turut dinasihatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang sedia ada.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau ingin menyalurkan aduan berkaitan aktiviti perniagaan yang mencurigakan boleh menghubungi KPDN melalui WhatsApp di 019-848 8000, e-mel e-aduan@kpdn.gov.my, pusat panggilan 1-800-886-800 atau menerusi aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDN.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Festival Jabat Sejagat 2025 satukan perguruan silat, perkukuh jati diri budaya Nusantara
Next: Syarikat AS sahkan sambung semula pencarian pesawat MH370

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.