Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • KPDN Sarawak periksa 112,404 premis sejak awal tahun
  • Utara
  • WILAYAH

KPDN Sarawak periksa 112,404 premis sejak awal tahun

Utusan Sarawak 2 days ago
PANTAU… Adam Yii  bersama Matthew Dominic Barin semasa mengadakan ‘walkabout’ di Emart Riam di Miri semalam bagi memantau pematuhan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2025.

MIRI: Sebanyak 112,404 premis di seluruh Sarawak telah diperiksa oleh pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri sejak 1 Januari hingga 12 Oktober lalu.

Pengarah KPDN, Matthew Dominic Barin berkata, hasil daripada pemeriksaan itu, 1,143 kes telah direkodkan dengan nilai rampasan berjumlah RM13,130,293.57 dan kompaun mencecah RM398,900.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 608 kes dicatatkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, melibatkan nilai rampasan sebanyak RM2,596.60 dan kompaun RM130,300,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan ‘walkabout’ di Emart Riam di sini semalam bagi memantau pematuhan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2025.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Adam Yii.

Menurut Matthew antara kesalahan utama yang dikesan termasuk pelanggaran Subperenggan 2(1) Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, iaitu kegagalan peniaga mempamerkan label, tag atau tanda harga pada barangan yang dijual atau dipamerkan.

“Selain itu, turut direkodkan ialah kesalahan di bawah Seksyen 14(1) akta sama, iaitu kesalahan mencatut yang merujuk kepada tindakan menaikkan harga secara tidak munasabah bagi tujuan memperoleh keuntungan berlebihan,” jelasnya.

Beliau turut menggesa orang ramai untuk menyalurkan sebarang aduan berkaitan isu harga atau aktiviti mencatut melalui WhatsApp 019-848 8000, e-mel e-aduan@kpdn.gov.my, Talian Bebas Tol 1-800-886-800, atau Aplikasi Ez ADU KPDN.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek RTP dan SADA lonjak pembangunan luar bandar DUN Simanggang
Next: Banjir kilat di Pasar Saratok berada dalam keadaan terkawal 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.