Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • KPDN Sarawak jamin bekalan makanan cukup menjelang Aidilfitri
  • TEMPATAN

KPDN Sarawak jamin bekalan makanan cukup menjelang Aidilfitri

Utusan Sarawak 2 years ago

KUNJUNGAN HORMAT… Matthew Dominic Barin mengadakan kunjungan hormat ke atas Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sarawak memberi jaminan bahawa negeri ini  mempunyai bekalan makanan yang mencukupi untuk sambutan Aidilfitri.

Pengarah KPDN Negeri Sarawak, Matthew Dominic Barin berkata, Sarawak tidak mengalami masalah bekalan makanan untuk untuk kegunaan rakyat terutama sekali menjelang perayaan nanti.

“Bagi persiapan Aidilfitri, bekalan memang mencukupi dan harganya adalah seperti biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Katanya lagi, pihaknya juga akan melaksanakan kawalan harga bagi barangan tertentu setelah menerima arahan dan pengumuman daripada pihak kementerian kelak.

Mengenai kunjungan hormat tersebut pula, beliau memaklumkan, ia merupakan kunjungan hormat pertamanya selepas dilantik sebagai Pengarah KPDN Negeri Sarawak pada tahun lalu.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: Sarawak negeri pertama perkenalkan DSITKS
Next: Guna teknologi Jepun perkembangkan aktiviti teknologi hijau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.