Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • KPDN Sarawak gagalkan cubaan seleweng 650 liter diesel
  • SEMASA

KPDN Sarawak gagalkan cubaan seleweng 650 liter diesel

Utusan Sarawak 3 weeks ago

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan kegiatan penyelewengan diesel melibatkan rampasan 650 liter bahan api itu susulan pemeriksaan di sebuah stesen minyak di sini semalam.

KPDN Sarawak dalam kenyataan memaklumkan kejadian kira-kira 2.30 petang itu dikesan sepasukan anggota penguat kuasa yang sedang menjalankan tugasan di lokasi berkenaan sebelum menahan seorang lelaki tempatan berusia 40-an.

“Pegawai bertugas mengesan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan sebelum menjalankan pemeriksaan di bahagian belakang kenderaan tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat dua tangki jenis Intermediate Bulk Container (IBC) yang disimpan di belakang lori dan ditutup kemas,” menurut kenyataan itu hari ini.

KPDN Sarawak memaklumkan pemeriksaan lanjut mendapati sebanyak 650 liter diesel bernilai RM1,397.50 disimpan dalam kedua-dua tangki tersebut.

“Nilai rampasan keseluruhan dipercayai bernilai RM23,797.50 dan kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” menurut kenyataan itu.- Bernama

Continue Reading

Previous: Gempa di Kundasang: Tiada kerosakan dilaporkan, keadaan terkawal – Bomba
Next: Sarawak perkukuh jenama global, tarik minat pasaran antarabangsa di FHA 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.