Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • KPDN perluas Bazar Ramadan Rahmah ke 116 lokasi seluruh negara
  • SEMASA

KPDN perluas Bazar Ramadan Rahmah ke 116 lokasi seluruh negara

Utusan Sarawak 4 hours ago
TIMBALAN Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Dr Fuziah Salleh (dua kanan) menyantuni peniaga yang menawarkan Menu Rahmah di Bazar Ramadan sempena Majlis Pelancaran Bazar Ramadan RAHMAH MADANI Peringkat Kebangsaan dan I-FB@BRR 2026 di Perling Mall, Taman Perling, hari ini. Foto Bernama

JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperluas pelaksanaan Bazar Ramadan Rahmah (BRR) ke 116 lokasi di seluruh negara tahun ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Dr Fuziah Salleh berkata inisiatif itu kesinambungan usaha kerajaan membantu meringankan kos sara hidup rakyat sepanjang Ramadan.

Beliau berkata BRR menyediakan juadah berharga RM5 dan ke bawah dengan penyertaan kira-kira 3,000 peniaga.

“Kita bermula pada 2023 dengan 41 BRR dan seterusnya (meningkat) 62 dan 103 serta bertambah kepada 116 BRR di seluruh negara tahun ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran BRR Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 di sini hari ini.

Fuziah menggalakkan peniaga memperbanyak juadah merangkumi pelbagai kategori makanan bagi memastikan setiap lapisan pengunjung mempunyai akses kepada pilihan juadah pada harga mampu beli. 

Dalam pada itu, Fuziah berkata sebanyak 69,040.7 kilogram (kg) lebihan makanan bernilai RM833,722 diselamatkan di BRR pada tahun lepas menerusi inisiatif MySaveFood yang kini dijenamakan sebagai Ihsan Food Bank (i-FB).

Langkah itu sekali gus mengelakkan pelepasan lebih 129,020 kg gas rumah hijau ke atmosfera.

Beliau berkata inisiatif bermula pada 2023 itu dilaksanakan bagi menyelamatkan lebihan makanan di bazar Ramadan dengan mengagihkannya kepada golongan memerlukan melalui kerjasama pihak berkuasa tempatan, pertubuhan sukarelawan dan komuniti setempat.

-Bernama

Continue Reading

Previous: Semakan calon PLKN 3.0 Siri 2 2026 bermula hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.