Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • KPDN lulus tambahan 1.09 juta liter minyak petrol, diesel sempena Aidiladha
  • NASIONAL

KPDN lulus tambahan 1.09 juta liter minyak petrol, diesel sempena Aidiladha

Utusan Sarawak 2 years ago
Datuk Seri Salahuddin Ayub

MUAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah meluluskan sebanyak 1.09 juta liter minyak petrol dan diesel sebagai kuota tambahan bagi menampung keperluan pengguna pada Aidiladha tahun ini.

Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, kouta berkenaan melibatkan 311,000 liter petrol RON95 dan 783,000 liter diesel bagi keperluan di lokasi-lokasi tumpuan di seluruh negara.

Beliau berkata pihaknya mengambil maklum berikutan cuti Aidiladha sehingga Ahad, berkemungkinan berlaku peningkatan penggunaan bahan api susulan penambahan kenderaan luar biasa di jalan raya untuk pulang ke kampung dan bercuti.

“Berikutan itu, KPDN meluluskan kuota pukal sempadan bagi bulan ini untuk diagihkan kepada tiga syarikat petrol utama iaitu Petronas (529,000 liter petrol dan diesel), Petron (320,000 liter petrol dan diesel) dan Chevron (245,000 liter petrol dan diesel).

“Penambahan kouta ini menunjukkan prihatinnya KPDN terhadap isu bekalan petrol pada musim perayaan agar tidak berlaku gangguan yang sekali gus meresahkan pengguna,” katanya pada sidang media selepas Majlis Korban dan Akikah Rahmah di pasar raya Econsave di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Pulai itu berkata, KPDN juga akan memastikan bekalan petrol dan diesel sampai ke setiap stesen minyak sama ada di bandar, luar bandar atau kawasan pedalaman. 

“Pengguna jangan risau, bekalan petrol RON95 dan diesel tahun ini dijangka mencukupi kerana kita sudah membuat persiapan awal dengan meluluskan kuota tambahan,” katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas berkenaan kekurangan bekalan ikan sejak sebulan lepas, beliau berkata keadaan akan kembali pulih dan harga stabil sepanjang tempoh Aidiladha.

“Pengurangan bekalan dan kenaikan harga ikan sebelum ini hanya bersifat sementara, dan sewaktu saya berada di Kelantan dan Terengganu, nelayan beritahu ketika itu laut berangin dan kadang kala berlaku ribut.

“Ia dijangka akan kembali pulih dalam masa seminggu dua ini…dengan jumlah bekalan mencukupi serta harga kembali stabil,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Guna helikopter tangani ancaman ulat bungkus – Fadillah
Next: TH perjelas isu ruang sempit, sesak di Mina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.