Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kotak suis terbakar, rumah dua tingkat di Senadin nyaris musnah
  • KEBAKARAN

Kotak suis terbakar, rumah dua tingkat di Senadin nyaris musnah

Utusan Sarawak 1 day ago

MUSNAH…Keadaan kotak suis selepas terbakar dalam kejadian di kawasan perumahan Curtin Water, Senadin di Miri, awal pagi tadi.



MIRI: Sebuah rumah dua tingkat di kawasan perumahan Curtin Water, Senadin di sini nyaris musnah dalam kebakaran kecil melibatkan kotak suis elektrik awal pagi tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Jugah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.36 pagi sebelum sepasukan  tujuh anggota dikejarkan ke lokasi sejauh lapan kilometer.

“Sebaik tiba di lokasi pada 1.45 pagi, pasukan mendapati kebakaran melibatkan kira-kira 10 peratus ruang tamu rumah dua tingkat berkenaan, khususnya di bahagian kotak suis.

“Api berjaya dipadamkan oleh penghuni rumah sebelum ketibaan pasukan bomba, sekali gus mengelakkan kebakaran daripada merebak ke bahagian lain,” katanya.
Henry berkata, kebakaran itu turut menjejaskan lantai, siling dan dinding ruang tamu di tingkat bawah.

Tiada sebarang kecederaan atau kematian dilaporkan.

Operasi tamat sepenuhnya pada 2.13 pagi.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Milton Foo mobilises excavators to aid firefighters battling 9th Mile factory blaze
Next: Kebakaran belukar di Kampung Pulau Melayu berjaya dipadam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.