Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kotak hitam helikopter Ghana yang terhempas ditemukan
  • GLOBAL

Kotak hitam helikopter Ghana yang terhempas ditemukan

Utusan Sarawak 10 hours ago

ACCRA:  Menteri Wilayah Ashanti Ghana, Frank Amoakohene, mendedahkan bahawa kotak hitam helikopter tentera yang terhempas dan mengorbankan kesemua lapan orang di dalamnya pada Rabu, telah ditemukan, lapor Xinhua.

Dalam hantaran di laman media sosial rasminya pada Khamis, Amoakohene berkata peranti itu akan membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan punca tragedi berkenaan.

Menteri wilayah itu mengetuai misi mencari dan menyelamat selepas kejadian pada Rabu, memastikan semua mayat mangsa dibawa ke ibu negara Ghana, Accra.

Sementara itu, kerajaan Ghana mengadakan upacara meletakkan bunga pada lewat Khamis bagi memperingati mangsa.

Helikopter tentera itu terhempas pada pagi Rabu, mengorbankan semua lapan penumpang termasuk Menteri Pertahanan Edward Kofi Omane Boamah dan Menteri Alam Sekitar, Sains, Teknologi dan Inovasi Ibrahim Murtala Muhammed. – Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: 25 maut bas terbalik di barat Kenya
Next: Lima angkasawan tinggalkan stesen angkasa untuk perjalanan pulang ke Bumi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.