Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kotak hitam dipercayai milik pesawat IAT yang terlibat dalam nahas dijumpai
  • KEMALANGAN

Kotak hitam dipercayai milik pesawat IAT yang terlibat dalam nahas dijumpai

Utusan Sarawak 14 hours ago
KOTAK hitam pesawat ATR 42-500 dijangka diserahkan kepada Jawatankuasa Nasional Keselamatan Pengangkutan (KNKT) untuk pengesahan. Foto ANTARA

JAKARTA: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) bersama telah menemukan sebuah kotak hitam yang dipercayai milik pesawat ATR 42-500 Indonesia Air Transport (IAT) yang mengalami nahas di Bukit Bulusaraung dalam Daerah Maros, Sulawesi Selatan.

Pegawai kanan tentera yang terlibat dalam operasi SAR, Kolonel Infantri Dody Triyo Hadi berkata kotak hitam berkenaan ditemukan dalam keadaan baik dan masih sempurna di dalam bahagian ekor pesawat itu.

“Alhamdulillah, pagi ini kami berjaya sampai ke lokasi dan memeriksa bahagian ekor pesawat. Di dalamnya, kotak hitam masih berada pada kedudukannya. Secara visual, berdasarkan rakaman video yang dihantar oleh pasukan di lokasi, apa yang kami lihat dipercayai adalah kotak hitam.

“Kami akan menyerahkannya kepada Jawatankuasa Nasional Keselamatan Pengangkutan  (KNKT) yang akan mengesahkan sama ada ia benar-benar kotak hitam pesawat itu,” katanya dalam sidang media yang dikongsi melalui YouTube hari ini.

Pesawat yang membawa tujuh kru dan tiga penumpang itu dilaporkan terputus hubungan dengan kawalan trafik udara kira-kira tengah hari Sabtu di ruang udara Daerah Maros ketika dalam perjalanan dari Yogyakarta ke Makassar.

Kementerian Hal Ehwal Marin dan Perikanan Indonesia pada Sabtu mengesahkan bahawa pesawat yang hilang itu merupakan pesawat peronda miliknya.

Dody berkata proses membawa keluar kotak hitam itu sedang dijalankan dan dijangka mengambil masa sekitar tiga jam untuk sampai ke pusat operasi bagi proses pengesahan.

Sejak operasi SAR bermula Sabtu lepas, tiga mayat daripada keseluruhan 10 mangsa telah ditemukan, dengan dua daripadanya telah berjaya dibawa keluar. Satu lagi mayat ditemukan pada 12.30 tengah hari waktu tempatan hari ini dan kini dalam proses pemindahan.

Satu daripada mayat dikenal pasti sebagai Florencia Lolita, seorang kru kabin, dan jasadnya telah diserahkan kepada pihak keluarga hari ini. – Bernama

Continue Reading

Previous: Pengunjung cedera terpijak papan reput di Jambatan Gantung Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.