Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kos operasi tinggi akibat jarak stesen minyak terus bebani nelayan Sarawak
  • Utara
  • WILAYAH

Kos operasi tinggi akibat jarak stesen minyak terus bebani nelayan Sarawak

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PENGERUSI LKIM, Muhammad Faiz Fadzil menandatangani plak sebagai simbolik perasmian stesen minyak ROVR di Pasar Nelayan Kuala Tatau, hari ini.

BINTULU: Kos operasi yang tinggi terutamanya disebabkan jarak jauh untuk mendapatkan bekalan minyak terus menjadi cabaran utama bagi nelayan di Sarawak.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil berkata, kebanyakan nelayan terpaksa menanggung kos berganda apabila perlu mengisi minyak kenderaan darat semata-mata untuk mendapatkan bekalan minyak bagi bot mereka.

“Kebanyakan stesen minyak terletak jauh dari rumah atau pangkalan nelayan. Jadi, mereka perlu mengisi minyak dua kali, pertama untuk motosikal atau kereta dan kedua untuk bot. Ini sememangnya membebankan,” katanya semasa majlis Rahmah Mesra Madani Pengerusi LKIM Bersama Nelayan Bintulu 2025 di Pasar Nelayan Kuala Tatau, hari ini.

Beliau berkata, bagi mengurangkan beban tersebut, LKIM menyokong inisiatif pembekalan minyak petrol bersubsidi secara terus kepada nelayan melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Petronas yang dilaksanakan menerusi Sistem Kontena Mudah Alih (ROVR).

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Bintulu, Ha’adz Waslie merakamkan penghargaan kepada Petronas dan LKIM atas kepercayaan yang diberikan kepada PNK Bintulu untuk menguruskan stesen minyak ROVR di Kuala Tatau.

“Sejak mendapat kelulusan daripada LKIM pada April lalu, kami berjaya membekalkan minyak petrol bersubsidi secara langsung kepada nelayan. Ini amat membantu dalam mengurangkan kos dan menjimatkan masa perjalanan mereka,” ujarnya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Rumah menunggu di Pengkalan Kampung Perpat bakal dibina
Next: PNK Bintulu pelopori projek bot rekreasi di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.