Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kos, kadar bayaran haji kekal tahun depan – TH
  • NASIONAL

Kos, kadar bayaran haji kekal tahun depan – TH

Utusan Sarawak 8 hours ago
PENGURUSI Lembaga Tabung Haji (TH) Tan Sri Abdul Rashid Hussain berkata ia sekali gus menyaksikan kos menunaikan ibadat haji bagi jemaah Muassasah tidak meningkat bagi tiga tahun berturut-turut walaupun berdepan persekitaran kos di Tanah Suci yang terus meningkat.

KUALA LUMPUR: Kos dan kadar bayaran untuk menunaikan haji bagi musim haji 1447H/2026M kekal kepada semua kumpulan sama seperti musim haji lepas termasuk untuk kumpulan B40.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Tan Sri Abdul Rashid Hussain berkata ia sekali gus menyaksikan kos menunaikan ibadat haji bagi jemaah Muassasah tidak meningkat bagi tiga tahun berturut-turut walaupun berdepan persekitaran kos di Tanah Suci yang terus meningkat.

Beliau berkata kadar bayaran haji bagi kumpulan B40 kekal RM15,000 selepas mendapat Bantuan Kewangan Haji sebanyak RM18,300, kumpulan M40 (RM23,500) dengan bantuan sebanyak RM9,800 manakala jemaah T20 dikenakan kadar penuh RM33,300.

Abdul Rashid berkata bagi meringankan beban kewangan bakal jemaah haji yang layak, TH bakal menanggung RM210 juta Bantuan Kewangan Haji bagi musim haji 1447H/2026M.

“TH berkeyakinan dapat terus memberikan tahap perkhidmatan yang cemerlang. Kami berbangga dengan pencapaian anugerah “Diamond Award” Labaytum pada musim lepas turut mengharumkan nama Malaysia dan kami akan berusaha untuk terus mengekalkan tahap perkhidmatan tinggi yang sentiasa diharapkan.

Abdul Rashid turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas sokongan beliau serta mengekalkan bantuan RM1,000 bagi setiap jemaah B40.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Mustakim Mohamad berkata Tabung Haji dapat mengekalkan kos haji melalui langkah strategik melibatkan tempahan awal dan kontrak penyewaan jangka panjang bangunan penginapan untuk melindungi jemaah haji daripada kesan inflasi di Makkah dan Madinah.

“Beberapa bangunan penginapan baharu dengan kemudahan moden telah dikenal pasti untuk memberi lebih keselesaan kepada jemaah haji.  TH juga telah memeterai kontrak penerbangan selama lima tahun bagi mengawal daripada ketidaktentuan harga,” katanya.

Sejak Bantuan Kewangan Haji diperkenalkan pada 2001, jumlah terkumpul yang ditanggung TH mencecah lebih RM2.72 bilion dalam tempoh 25 tahun.

Sementara itu, surat tawaran haji kepada 31,600 bakal jemaah bagi musim haji 1447H/2026M akan dikeluarkan secara berperingkat bermula Jumaat ini.

Bagi mereka yang tidak menerima surat tawaran kerana belum tiba giliran, TH akan membuka peluang membuat rayuan bermula 3 Nov ini melalui platform THiJARI dengan mengambil kira beberapa kriteria dalam memproses rayuan antaranya tempoh pendaftaran haji, umur, purata baki simpanan di TH dan kekerapan permohonan rayuan.

Bakal haji diingatkan untuk mencukupkan simpanan di TH sekurang-kurangnya kepada RM15,000 bagi melayakkan diri untuk menerima tawaran haji atau dalam membuat permohonan rayuan haji, selain perlu lulus pemeriksaan kesihatan.

TH juga menasihati bakal jemaah agar segera mengemas kini maklumat peribadi bagi memastikan tidak terlepas peluang menunaikan haji serta memeriksa giliran mereka melalui saluran digital THiJARI atau mengunjungi cawangan terdekat. – Bernama

Continue Reading

Previous: ‘Malam Untukmu Gaza’ kumpul dana bantu rakyat Palestin
Next: Kerajaan MADANI capai kemajuan selesaikan tuntutan MA63 bagi Sabah – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.