Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kos bahan binaan meningkat pada Disember 2025, seiring harga simen, pasir – Perangkaan
  • NASIONAL

Kos bahan binaan meningkat pada Disember 2025, seiring harga simen, pasir – Perangkaan

Utusan Sarawak 7 hours ago
GAMBAR hiasan

KUALA LUMPUR: Kos bahan binaan meningkat pada Disember 2025, didorong oleh harga simen dan pasir yang lebih tinggi, menurut data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

Indeks harga seunit simen meningkat antara 1.2 peratus dan 3.2 peratus berbanding bulan sebelumnya, kata DoSM dalam Siaran Khas untuk Kerja-Kerja Pembinaan Bangunan dan Struktur, Disember 2025.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata peningkatan tertinggi dicatatkan di Terengganu dan Kelantan pada 3.2 peratus, diikuti oleh Pulau Pinang, Kedah dan Perlis pada 1.8 peratus dan Pahang pada 1.6 peratus.

Harga pasir juga naik sedikit pada Disember dengan kenaikan bulan ke bulan antara 0.1 peratus hingga 4.8 peratus di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, katanya.

Sebaliknya, indeks harga seunit keluli merosot sedikit antara 0.1 peratus dan 1.0 peratus pada setiap bulan.

Bagaimanapun, indeks harga keluli dan logam mencatatkan peningkatan sederhana antara 0.1 peratus dan 1.1 peratus di semua wilayah.

Bagi perbandingan tahun ke tahun, indeks harga seunit keluli menguncup antara 3.2 peratus dan 7.1 peratus pada Disember 2025 berbanding tahun sebelumnya, meliputi kebanyakan kawasan di seluruh negara.

Penurunan paling ketara direkodkan di Sibu pada 7.1 peratus, diikuti oleh Pulau Pinang, Kedah dan Perlis pada 6.8 peratus dan Kota Kinabalu pada 6.5 peratus.

Namun, harga simen menokok setiap tahun, dengan indeks harga seunit meningkat antara 2.0 peratus dan 6.1 peratus di semua kawasan.

Mohd Uzir berkata harga purata keluli, terdiri daripada bar bulat keluli lembut dan jenis Mycon 60 high tensile deformed bars (batang logam dengan kekuatan tegangan tinggi) meningkat sedikit sebanyak 0.1 peratus kepada RM3,512.10 setiap tan metrik pada Disember daripada RM3,509.60 setiap tan metrik pada November.

Harga purata simen Ordinary Portland melonjak sebanyak 0.8 peratus kepada RM24.55 setiap beg 50 kilogram (kg) berbanding RM24.35 sebelumnya.

Sementara itu, Indeks Kos Bahan Binaan (IKB) dengan bar keluli untuk semua kategori bangunan di Semenanjung Malaysia mencatatkan peningkatan bulan ke bulan antara 0.1 peratus dan 2.0 peratus pada Disember, Sabah juga menyaksikan peningkatan antara 0.1 peratus dan 0.9 peratus merentasi semua kategori.

Di Sarawak, IKB dengan bar keluli turun sedikit antara 0.1 peratus dan 0.2 peratus bagi beberapa kategori bangunan di Sibu, manakala indeks bagi semua kategori di Kuching dan Miri naik antara 0.1 peratus dan 0.5 peratus.- Bernama

Continue Reading

Previous: Mangsa banjir di Sarawak meningkat, Sabah kekal setakat pagi ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.