Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Korean Air, Korea Selatan beli 103 pesawat Boeing serta enjin GE
  • GLOBAL

Korean Air, Korea Selatan beli 103 pesawat Boeing serta enjin GE

Utusan Sarawak 19 hours ago

SEOUL: Syarikat penerbangan Korean Air, Korea Selatan pada Selasa mengumumkan akan membeli 103 pesawat Boeing generasi baharu, 19 enjin gantian daripada GE Aerospace dan CFM International, serta memeterai program penyelenggaraan enjin komprehensif dengan GE Aerospace, lapor Xinhua.

Jumlah keseluruhan pembelian itu dianggarkan bernilai kira-kira AS$50 bilion, termasuk AS$36.2 bilion bagi pesawat Boeing dan AS$13.7 bilion untuk enjin gantian serta kontrak perkhidmatan penyelenggaraan enjin selama 20 tahun, menurut syarikat penerbangan nasional Korea Selatan itu dalam satu kenyataan.

Majlis menandatangani perjanjian itu diadakan di Washington selepas sidang kemuncak Presiden Korea Selatan Lee Jae-myung dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Ia merupakan perjanjian terbesar dalam sejarah Korean Air. Pesawat berkenaan dijadual diserahkan secara berperingkat sehingga akhir 2030.– Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Ribuan terkandas akibat hujan lebat, banjir di utara Pakistan
Next: Wanita Thailand dipenjara 43 tahun hina raja dibebaskan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.