Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Korea Utara lancar ‘perang 80 hari’
  • GLOBAL

Korea Utara lancar ‘perang 80 hari’

Utusan Sarawak 5 years ago
LAWAT KAWASAN… Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un bersama pegawai kanan tentera melawat projek pembinaan semula bangunan yang rosak akibat taufan baru-baru ini di Kimhwa County, Korea Utara. – Foto AFP

SEOUL: Pemimpin Korea Utara,Kim Jong-un, mengarahkan operasi besar-besaran di seluruh negara itu bagi merancakkan kembali ekonomi yang semakin merudum,menjelang kongres Parti Pekerja Januari tahun depan.

Media tempatan melaporkan,keputusan dibuat ketika mesyuarat parti semalam,yang bertujuan menangani kesan pandemik Covid-19 dan banjir besar mengakibatkan ekonomi negara itu yang sememangnya terjejas, bertambah buruk lagi Kerahan tugas mandatori secara besar-besaran itu termasuk lanjutan waktu bekerja dan tanggungjawab tambahan adalah amalan biasa ketika melaksanakan inisiatif seperti ini di Korea Utara.

Pembabitan rakyatnya pula dipantau rapi dan menjadi ukuran kesetiaan mereka terhadap regim pemerintah manakala aktivis hak asasi manusia menyifatkannya sebagai kerahan buruh paksa.

Parti Pekerja, selaku parti pemerintah Korea Utara,dijangka membentangkan pelan ekonomi baharu Januari tahun depan ketika kongres parti itu, yang pertama sejak lima tahun lalu.– AFP

Continue Reading

Previous: Peru rampas 420 kilogram kokain
Next: 12 mayat ditemui dalam van

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.